Gambar -Gambar Terbaru Raja Permaisuri Agong Dah Bertudung. Alhamdulillah..


Tuanku Haminah binti Hamidun, Raja Permaisuri Agong telah bertudung.
Dikhabarkan selepas Tuanku kembali dari tanah suci mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Ini adalah petanda baik bagi rakyat Malaysia dan merupakan Permaisuri ketiga yang bertudung selepas permaisuri dari Selangor dan Terengganu.


Moga Allah rahmati Puanku Permaisuri dan Tuanku dan ditetapkan hati paduka Permaisuri pada usahanya kerana Allah. Amin

Bab DS Rosmah Mansor tu rasanya belum sampai seru..
Doa-doakan lah agar beliau dibukakan hatinya oleh Allah SWT..
Bukannya dengan cara mencela atau memburuk-burukkan beliau.
Itu bukanlah sikap yang terpuji.

3 comments:

Anonymous said...

ayat tang blum sampai seru tu yg tak menahan tuh... huhu
ketahuilah, seruan dah sampai sejak lebih 1400 tahun yg lalu....

Srikandi Menulis said...

Ajal tidak menunggu taubatmu..:)
menutup aurat itu wajib bg umat Islam.

"Soalan:

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)
"

Anonymous said...

Alhamdulillah. Aku pun doakan pemimpin-pemimpin dan semua wanita Muslim kita akan diberi hidayah utk tutup aurat dgn sempurna (tutup kepala, tp tak tutup lengan, tak cukup) dn tunjukkan contoh yg baik. Cuma aku nak ingatkan pengomen, DS Rosmah tu mmglah isteri PM dan ada salahnya. Tp jgnlah fokus silap orang je. Silap kita pun akan dihukum juga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...