Pecacai Pakatan Suka Bila Lihat Restoran Cheng Ho Milik Amy Terpaksa Ditutup!

Mengapa blogger pecacai DAPig tak kata Restoran Amy terpaksa ditutup kerana suwei dari Nik Aziz yang merasmikannya 4 tahun dulu? Hehe

A.S kata, Bukankah Amy sudah terangkan sebab musabab yang menyebabkan Restorannya terpaksa ditutup? (Lihat berita dibawah dari Kosmo)
Ini adalah kerana kegagalan pihak yang diamanahkan oleh Amy untuk menguruskan restoran tersebut berdepan dengan pelbagai masalah?

Kenapa harus pecacai pakatan menonjolkan kebodohan diri sendiri sehingga sanggup mempolitikkan isu ini?
Atau mungkin pecacai pakatan gembira dan seronok bila melihat perniagaan orang Islam sendiri jatuh dan sanggup lihat bisnes cina DAP untung besar?
Addin ni kira macam geng Mat Sabu la yang pernah mengatakan dia sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.  
 "Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000.  
 Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah. Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya. Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.  
 Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.-Kosmo
"Perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap?  Anda semua mungkin ada jawapannya?" -
Kenyataan dari Addin77BloggerBengapPAS

Apakah niat dan tujuan penulis blog tersebut membuat kenyataan sedemikian ? Apakah ini sebenarnya sikap juak-juak Pakatan Haprak yang memboikot setiap usaha orang-orang Melayu kita khususnya dalam dunia perniagaan hanya kerana perbezaan politik ?

Jika beginilah sikap mereka maka jelaslah juak-juak Pakatan Haprak langsung tiada agenda untuk sama-sama membantu bangsa mereka apatah lagi mahu melihat bangsa seagama dengan mereka berjaya.

Orang-orang UMNO langsung tidak mempunyai perasaan seperti ini khususnya melibatkan perniagaan orang-orang Melayu malah sikap mahu melihat bangsa sendiri maju dalam setiap bidang sentiasa tersemat di hati semuanya kerana mahu melihat bangsa Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tanpa mengambil kira fahaman politik.

Bayangkan sekiranya puak-puak ini diberikan ruang dan peluang untuk memerintah negara ? Rasanya pasti ramai bangsa Melayu sendiri yang dianak tirikan kerana prinsip perjuangan mereka hanyalah untuk mendapatkan kuasa kemudiannya turus menyalak menjadi pencacai kepada Anwar dan DAPigs.

Sedih melihat kelakuan bangsa sendiri !!!-MMI


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...