Menurut info yang diterima, geng-geng tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera.
Kalau ikut law,Farid boleh didakwa dalam Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Farid juga bakal diheret atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Semua ini terjadi kerana geng askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, hang jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.Harap hang dapat beri penjelasan dan pihak ATM sendiri mungkin dapat bertolak ansur dalam kes ini.
No comments:
Post a Comment