Sokongan Terhadap PAS Merudummm??

Isu Kedai Gunting Rambut, Sokongan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Pas Terjejas
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) percaya sokongan masyarakat Cina terhadap PAS akan terjejas jika pimpinan parti itu gagal menyelesaikan isu kontroversi kedai gunting rambut di Kelantan.

Pengerusinya, Hoo Pang Chow berkata walaupun isu itu dianggap remeh dan kecil kerana melibatkan segelintir masyarakat Cina di kawasan terbabit, namun ia boleh menjejaskan sokongan rakyat bukan Islam terhadap masa depan parti itu, khasnya di Kelantan.

"Sebagai sayap baru parti itu, kita hanya mampu memberi pandangan kerana kita lebih mengetahui kehendak masyarakat bukan Islam dalam membela nasib mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Beliau berkata Kerajaan PAS Kelantan wajar mendengar pandangan masyarakat bukan Islam dalam menangani isu kontroversi membabitkan kedai gunting rambut itu.

Beliau kesal dengan sikap sesetengah pemimpin parti itu bertindak melampaui batas dalam melaksanakan dasar Islam sehingga sanggup melampaui batas agama demi mempertahankan perjuangan parti sekali gus mengenepikan kehendak dan hasrat rakyat bukan Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...