Gambar-Gambar 2 Banduan Yang Ditembak Siang Tadi

Aku terpaksa sensorkan mata dan mulut untuk hormati arwah.

BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua penjenayah itu ialah Mohd Fairuz Adam yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, juga daripada geng Joe Mafia. Kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana di Kampung Pelet di sini dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

 "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.

"Siasatan awal polis mendapati mereka cuba keluar dari negeri ini. Kereta yang digunakan pula dipercayai diperoleh daripada geng Joe Mafia yang masih bebas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai dua penjenayah itu pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kubang Semang dan berjaya menjejaki mereka 15 minit kemudian.

A.S: Al fatihah..semoga dicucuri rahmat..
Yang dah pergi tu, biarlah dia pergi.
Ajalnya datang dengan cara begini.
Cuma aku harap, jangan hina orang yang dah tiada
Kesiankanlah kepada ahli keluarga arwah sama.
 

PUJIAN juga aku berikan kepada pihak polis...terbaikk...

.



3 comments:

usin said...

mereka memilih mati dgn cara ini. yg dh pergi biarlah mereka pergi. semoga menjadi teladan kpd yg masih hidup bagaimana memilih cara utk pergi nanti.

IQfaizal said...

maafkan sy.. nak tegur sikit.. mohon blurkan aurat mayat tersebut utk jauh dari fitnah.. hormati lah saudara kita ini..

http://iqfaizal.blogspot.com/2013/01/gambar-polis-tembak-mati-2-penjenayah.html

Anonymous said...

hukum hudud pn kena jalankan depan khlayak, sbg pengajaran... ada baiknya dibiarkan gambar tu, sbg pengajaran kepada kita semua. jgn buat jenayah. kalau tak, mungkin gitulah kesudahannya. senang sikit kerja warden penjara. kerajaan pun takde la nak bazir duit rakyat bela penjenayah dlm lokap. tp dah mati sudah, tk payah nak dimaki. keluarganya pun takde kaitan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...