Kasihann.. 80 orang saja hadir ke Himpunan Hijau Parlimen Jerai, Kedah? (pics)

Saya tidak tahu di mana PAS Kedah nak tunjuk mukanya apabila dilaporkan hanya sekitar 80 orang saja yang hadir di Majlis Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Awam Taman Ria Mesra pada 29 Disember yang lalu.Meskipun dihadiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar dan Ketua Muslimat PAS Jerai, Fauziah, himpunan itu dilihat begitu suram tidak bermaya membayangkan jangka hayat kuasa PAS di Kedah yang semakin malap menjelang PRU ke-13.

Sangat menghairankan! Selalunya program-program anjuran Pakatan Haram di Kedah yang melibatkan “katak-katak hijau” akan dihadiri paling kurang seramai 200 orang.Tapi mengapa PAS hanya mampu menghimpun seramai 80 orang sahaja di himpunan tersebut?

Saya dimaklumkan juga bahawa PAS Jerai awal-awal lagi sudah merangka rancangan untuk berkonvoi ke lokasi majlis berkenaan pada 28 Disember, tapi terpaksa ditunda ke tarikh 29 Disember setelah tidak mendapat sambutan.Pun begitu, ketika berkonvoi pada 29 Disember pun, hanya beberapa buah motorsikal saja yang merempit dan mengabaikan tanggungjawab keselamatan jalanraya untuk para pengguna yang lain.

Firdaus dalam ucapannya menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil-hasil bumi, galian dan sebagainya.Namun katanya, segala aset dan galian bernilai tinggi itu tidak digali dan dipergunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat sehingga mengakibatkan pertumbuhan kadar pengangguran di kalangan anak-anak muda di negara ini.Begitulah hujah seorang ahli politik yang tamak, tidak berpanjangan jauh, mengharapkan rezeki di depan mata, malas bekerja dan memikirkan masa depan generasi anak muda di Kedah.

Yang dia tahu hanya memburuk-buruk dan memperlekehkan pihak lawan tanpa menyedari bahawa hujahnya itu sangat dangkal, cetek dan singkat akalnya!Katakanlah Gunung Jerai yang tersergam di depan rumah Firdaus itu merupakan kawasan yang penuh dengan emas, saya yakin Firdaus sendiri akan menjadi “Kapitan” melombong bijih emas di situ sehingga gunung itu ranap dan rata bagaikan padang bola.Itulah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kedah sekarang.

Habis ditebangnya pokok-pokok balak di hutan-hutan simpan kekal di negeri Jelapang Padi itu sehingga gondol dan licin tanpa menghiraukan kesan terhadap sistem ekologi.Sudahlah tidak punya sebarang kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar, hutan-hutan simpan yang tidak pernah diusik kerajaan BN itu ditarah semahu-mahunya tanpa meninggalkan sebatang pun balak bagi generasi anak dan cucu di kemudian hari.

Sepatutnya, Firdaus perlu menegur Kerajaan PAS Kedah yang gagal menyempurnakan projek SULIHH meskipun sepatutnya projek berkenaan telah mula beroperasi kira-kira dua tahun lalu dan memberikan peluang pekerjaan kepada seramai 3,000 anak muda di Kedah.Malangnya, projek berkenaan masih terkial-kial untuk dilaksanakan, malah batang cerucuk pun langsung tidak kelihatan di tapak projek! PAS Kedah tahu bangunkan ekonomi negeri atau tidak?Begitulah PAS di Kedah. Makin hari makin dijauhi oleh segenap masyarakat, khususnya orang muda.

Dulu orang muda di Kedah fikir PAS mampu membela nasib mereka jika diberi kuasa. Namun kini barulah mereka sedar betapa peritnya hidup dibawah kekuasaan PAS yang serba-serbi tak tahu buat!-kedahan69ers

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...