Hei Kor Ming! Kalau betul dakwaan kak Midah itu palsu, pergi sajalah bagi tahu polis.
Ini pihak polis dah panggil untuk beri keterangan, kenapa masih nak buat liat lagi?
Kalau tak bersalah, kenapa perlu takut?
Come on Kor Ming, Berani kerana benar..
Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming masih enggan memberi kenyataan kepada
polis berhubung ugutannya terhadap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah
Osman.
Hamidah berkata, pihak polis telah meminta Kor Ming untuk memberi
keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal
pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin kanan DAP Perak pada sidang Dun
lalu.
Menurutnya, beliau gagal memberikan keterangan berkaitan ugutan itu
bagaimanapun laporan polis telah dibuat oleh Adun Tronoh, V Sivakumar.
“Saya kecewa dengan sikap beliau dan jika saya telah membuat laporan
palsu mengenai ugutan tersebut, maka Kor Ming sendiri yang sepatutnya
membuat laporan polis bukannya Sivakumar kerana dia tidak ada di
situ,”katanya kepada media, semalam.
Hamudah berkata,beliau difahamkan, Timbalan Pendakwa Raya akan
mengeluarkan arahan meminta beliau hadir memberikan keterangan berhubung
laporan polisnya terhadap ugutan yang dibuat Kor Ming.
Sebelum ini, Hamidah menerima ugutan daripada Kor Ming ketika sedang
berada di dewan makan sidang Dun, 20 Disember lalu selepas mendedahkan
skandal pemilikan tanah di Kelantan dan laporan polis telah dibuat pada
22 Disember lalu di Balai Polis Kampung Rapat.
Hamidah berkata, pada masa yang sama Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham
dan Kor Ming perlu menjelaskan dari mana sumber kewangan yang diperoleh
untuk menyediakan dana RM31 juta bagi membeli dan memiliki syarikat
Upaya Padu Sdn Bhd seterusnya mengusahakan tanah pajakan daripada
Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas lebih 4,200 hektar di Relai, Gua
Musang.
“Mereka masih berdolak-dalik mengenai perkara ini dan cuba mengalih
perhatian dengan membangkitkan isu lain pula. Cara paling terbaik ialah
beliau tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar,”
katanya.
1 comment:
Assalamualaikum.
Pada tanggal 12 Mei 2012, blog PENA MINANG telah di hack. Kini kami bermula dengan kosong dan menyusun semula strategi. Maka itu dengan rendah hati, kami memohon bantuan tuan agar dapat linkkan blog kami dengan blog tuan. Untuk makluman tuan, blog tuan telah pun dimasukkan kedalam senarai blog pilihan kami di ruangan blog politik. Kami memohon maaf diatas kesulitan di pihak tuan. Semoga jasa baik yang tuan berikan, dibalas pahala oleh ALLAH S.W.T
Blog kami : www.penaminangreturn.blogspot.com
Post a Comment