Lagi Kejadian Tanah Runtuh Di Subang Jaya Pula (Gambar-Gambar)

 

Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya, Khamis.Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika  dihubungi Bernama.Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh  anggotadan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.-Bernama

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN: Penutupan jalan di kawasan Bukit Cermin Putra Heights akibat daripada tanah runtuh sehingga menutupi sebahagian jalan Persiaran Kayangan Putra Heights pada jam 6 petang tadi. Kerja-kerja pembersihan jalan sedang giat dijalankan. Tiada kerosakan dan kemalangan jiwa berlaku. Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk pulang ke rumah.-PDRM


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...