Dalam pada peminat masih memperkatakan tentang kehebatan Konsert Anuar Zain Tiga Dekad : Muzik, Cinta dan Sanubari, rupa-rupanya berlaku satu insiden di belakang pentas konsert yang berlangsung pada 16 Januari lalu.
Penyanyi serta penyampai radio ERA, Dina Nadzir yang turut terlibat dalam membuat persembahan telah mengalami kecederaan di kaki kanannya. Difahamkan, insiden berlaku apabila Dina dipercayai terpijak wayar ketika sedang berjalan di belakang pentas selepas selesai membuat persembahan dan kejadian tersebut telah mengakibatkan pergelangan kaki kanannya terseliuh.
“Ketika itu saya memakai kasut tumit tinggi setinggi enam inci. Nasib baik waktu itu saya sempat pegang emak saya, kalau tidak mungkin lebih teruk kecederaan saya. Pada mulanya tak ada apa-apa sangat, namun keesokan harinya ketika bangun dari tidur, saya terkejut dan panik tengok kaki saya bengkak teruk.
Saya terus berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan X-Ray dan Alhamdulillah, doktor beritahu tidak ada sebarang keretakkan. Doktor menasihatkan saya untuk berehat selama dua minggu agar kecederaan ini benar-benar pulih. Sekarang ini jalan tempang dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak,” ujar Dina ketika ditemui baru-baru ini.-gua.com
No comments:
Post a Comment