Beras Habis Licin Di Putatan Sabah! #pray4sabah
Gambar yang dikongsikan oleh rakan aku di Servey Hypermarket, Putatan, Sabah.
Ini semua adalah pembelian panik yang dilakukan oleh rakyat Sabah yang gusar dengan kemelut yang sedang berlaku sekarang ini di negeri mereka.
Sampai habis stok beras di pasaraya tersebut. Yang tinggal di atas hanyalah beras pulut sahaja. Begitu juga dengan barangan keperluan utama yang lain.
Pesanan aku, harap bertenang. Jangan cemas dan panik.
Jika pembelian seperti ini dilakukan oleh semua warga Sabah, dikhuatiri akan timbul masalah lain pula.
Semuanya masih dalam keadaan terkawal terutamanya di sebelah pantai barat Sabah. Anggota keselamatan kita tahu dan faham apa yang perlu mereka lakukan.
Usahlah sekali-kali kita ragui kemampuan mereka menangani kemelut sekarang ini.
Kepada Allah jugalah kita mohon keredhaan dan pertolongan dari Nya..
Al-Fatihah untuk semua pejuang negara yang gugur menyahut seruan Ilahi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment