LAHAD DATU 5 Mac - Kini fasa kedua serangan sedang dilancarkan oleh pasukan keselamatan setelah UAV (Unmanned Air Vehicle) atau pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang digunakan bagi melihat tahap kemusnahan lokasi musih yang telah dibom untuk tindakan susulan dan selanjutnya.
Difahamkan, sejurus selesai tugas UAV melaksanakan misi itu, pasukan komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan menggempur musuh serta menghabiskan saki-baki penceroboh.
Pasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pula dikerah untuk membuat back up.Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara. - UO
A.S DOAKAN KEJAYAAN DAN KESELAMATAN KESEMUA PEJUANG NEGARA YANG BERTUGAS.
2 comments:
Moga Allah selamatkan para perajurit kita hendaknya...Amin!!!
satu pengalaman berharga untuk ATM dan Polis dalam menghadapi situasi perang sebenar selepas berakhir era komunis..
Post a Comment