Kenapa kerajaan Filipina Melalak?


Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman menolak dengan tegas sebarang perundingan atau perbincangan berhubung tuntutan mana-mana pihak mahupun Kerajaan Filipina sendiri terhadap Sabah. Menurut Anifah Aman lagi, Filipina boleh berangan-angan sesuka hati mereka untuk mendapatkan Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina.

Jabatan Luar Filipina telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi dan media negara itu agar tidak merujuk Sabah sebagai Sabah, Malaysia sebaliknya hanya Sabah.

Filipina secara relatifnya telah kehilangan Sabah semenjak dari tahun 1878 lagi apabila Sultan Sulu pada waktu itu, memajakkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara yang kemudian menjual Sabah kepada England.

Pada tahun 1962, rakyat Sabah telah membuat referendum untuk menyertai Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Sabah secara sah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penubuhan sebuah suruhanjaya atas desakan Filipina sendiri pada tahun 1962 yang dinamakan Suruhanjaya Cobbold telah mengesahkan 'kebebasan' Sabah dari Filipina. Tuntutan Filipina terhadap Sabah telah ditolak oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun itu.

Kepala lanun Kiram cuba menggunapakai surat pajak lama yang sudah tidak terpakai dan tidak lagi sah, memandangkan Kesultanan Sulu sendiri tidak lagi wujud dan Keluarga Kiram bukanlah waris kesultanan yang diiktiraf. Kerajaan Sulu telah lama pupus dari muka bumi ini. Kalau ada pun, hanyalah waris Kesultanan Sulu yang diberikan peranan sebagai ketua puak semata-mata, bukannya ketua kerajaan.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh Anifah Aman yang juga merupakan salah seorang pemimpin penting yang berasal dari Sabah, sememangnya kena pada masanya.

Filipina boleh berangan-angan untuk menuntut Sabah memandangkan negeri Sabah jauh lebih maju berbanding Pulau Luzon yang menempatkan Manila, ibu kota Filipina. Bahkan Sabah juga jauh lebih maju berbanding Kelantan yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Kalaulah terpakai tuntutan yang dibuat oleh Filipina, bermakna Malaysia mempunyai peluang dan ruang yang sangat besar untuk menuntut Singapura, Pulau Sumatera, Kepulauan Riau dan empat negeri Melayu di selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia, memandangkan fakta sejarah menunjukkan dengan jelas, kesemua wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Malaysia lama.

filipina tidak menkaji sejarah sebelum buat tindakan ke? Memandai je nak ambil hak Malaysia.. Dulu dah jual sabah lepastu menyesal dan nak merampas balik sebab sabah lebih maju.

-pensel tumpul

1 comment:

Harimau Kumbang said...

Sama macam kes gila talak lah ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...