Ketua Pusat Mengundi (SPR) berkempen jangan undi BN ditumbuk!! Bukti SPR juga balaci Pakatan??

pic hiasan

Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM2,000 atau tiga bulan penjara terhadap seorang lelaki warga emas kerana menumbuk seorang ketua pusat mengundi dan membuat laporan polis palsu.

Malcolm Maing, 65, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu di hadapan hakim Zubaidah Sharkawi.

Dia melakukan kesalahan itu pada 7.45 pagi 5 Mei ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesara kerajaan dari Rh. Ranggau di Sungai Assan itu didakwa mengikut Seksyen 329 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 182 akta yang sama kerana membuat laporan palsu kepada polis.

Pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Mohd Fazirul Mohd Fisol memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, Maing mendengar orang ramai berkata Petrus Amping, Ketua Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Assan, meminta pemilih di situ supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

Maing kemudian bersemuka dengan Petrus untuk memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.

Mohd Fazirul berkata, Petrus menyatakan Maing merempuh serta menyikunya di bahagian abdomen dan apabila dia (Petrus) menolak lelaki itu, dia ditumbuk pula di pipi kanan.

Pegawai itu berkata, Petrus tidak mengambil kisah tentang kejadian itu dan meneruskan tugasnya sebagai ketua pusat mengundi.

Bagaimanapun, katanya, Petrus terkejut apabila mendapat tahu Maing membuat laporan yang bertentangan dengan kejadian sebenar di Balai Polis Jalan Ulu Lanang.

Tujuh saksi, termasuk dua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lima anggota polis yang bertugas di SK Nanga Assan, memberi keterangan yang menyokong keterangan Petrus tentang kejadian itu. - Bernama


A.S PERNAH KATA, 60% PETUGAS SPR ADALAH PRO PAKATAN HARAM. KORANG JANGAN TAK PERCAYA PULA. 

SO, ANUWAR JANGANLAH MENYALAK SANGAT SERUPA ANJING LAPAR TULANG MEMFITNAH KONONNYA SPR ADALAH BUDAK SURUHAN BN WALHAL SEBALIKNYA  YANG BERLAKU.

MEMANG LAYAK PUN KTM TU DITUMBUK! TIDAK JUJUR DAN PROFESIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS!

6 comments:

mat said...

mmg betul. di tempat aku UMNO dah kumpulkan pengundi2 baru , dah isi borang segala semenjak bulan 11 tahun lepas. lepas tu hantar ke spr.

bila nak pilihanraya, bila nak cek nama , nama tak wujud. rugi betul.mesti ada kakitangan spr yg buang borang tu

Anonymous said...

Di Ipohpun ada. Penyokong kuat PKR.

Anonymous said...

ditempat aku pun ada pegawai SPR tempat mengundi menyalak Ubah...

Cadang buat pungutan derma bantu Malcolm Maing bayar denda

Anonymous said...

AKu kenal seorang Ketua Pusat Mengundi orang kuat PAS. Ada seorang guru yang bertugas dalam pusat mengundi juga orang kuat PAS...tapi diaorang ni betul2 celaka bila PR/ Cina hentam SPR diaorg diam saja, dasar munafik besar orang2 PAS ni...mentang2lah diaorang dah dapat syurga...

Anonymous said...

Same ler kt pdm bkt antarabangsa. Petugas spr salah sorg nye anak pada bekas cikgu si anuwar nih! Anuwar taw sape. :) lg maw kecoh.

Anonymous said...

Anak sedara aku dah lama isi borang sbg pengundi baru kat Kepong Selangor, tapi dia tak pernah check kat daftar pengundi.

Bila 2 3 hari lagi nak mengundi baru dia check, nama tak ada dalam senarai pengundi ... jadi tak dapat mengundilah ... melepas ...

Ni pasti kerja petugas yg tak amanah ... DAN PASTINYA PENYOKONG PEMBANGKANG ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...