Cari Calvin Gani Sampai Ke Lubang Cacing!!

Siapa sebenarnya Calvin Gani? Umat Islam di negara ini mahu lelaki berkenaan dicari sehingga ke lubang cacing. Sekiranya pihak berkuasa gagal mengesan, ramai bersedia dan rela mendapatkan si biadab itu, untuk dikerjakan.
Sehari dua ini dia mencetuskan kemarahan, menyebabkan ramai individu dan beberapa NGO Melayu membuat laporan polis terhadapnya. Orang seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan lepas bebas. Berani dan kurang ajar sekali dia menghina Nabi Muhammad SAW.
Apa yang dituduh mengenai junjungan besar itu dalam Facebook amat menggores perasaan orang Islam. Secara peribadi, saya tidak tergamak untuk terus membaca cacian yang dimuatkan dalam dinding maya itu.
Penghinaannya terlalu berat, jelas sekali pemilik laman sosial itu berniat jahat.
Saya tidak fikir dia gila. Kalau dia tidak siuman atau sasau, pasti dia tidak boleh berkomunikasi menerusi kecanggihan maya. Sebaliknya dia sengaja memperlekeh dan memperbodohkan orang Islam, khasnya Melayu. Dia hendak menunjukkan keberanian.
Baru beberapa hari dulu kita dihangatkan dengan isu penghinaan terhadap Agong yang dibuat dalam laman sosial oleh seorang yang memakai nama Melissa Goi. Polis cepat mengesan, Goi ditangkap dan dilepaskan dengan ikat jamin. Orang menunggu apa tindakan selanjutnya ke atas wanita Cina itu.
Ketika isu menghina DYMM belum selesai, ada pula individu berani melakukan kesalahan yang lebih besar, iaitu menghina Rasulullah. Bukan gila dan bukan tidak faham sensitif agama, dia sebenarnya sengaja hendak mengusik perasaan orang Islam. Dia sengaja mencabar kita. Saya tidak fikir kita masih boleh bersabar.

Sekiranya si penghina raja boleh cepat dikesan dan ditangkap, tentu sekali pihak berkuasa dengan segala kecanggihan yang ada dapat mencari dan menangkap Calvin. Setakat rencana ini ditulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi.

Seperti yang ditegaskan menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek: “Saya ingin mengingatkan setiap pengguna internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang...Facebook, Twitter dan blog boleh mencetus provokasi di negara ini.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan menghina Nabi menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baharu. “Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara,” katanya.

Semua sudah mengakui bahaya, dan menegaskan penghinaan seperti itu boleh memberi kesan buruk terhadap negara. Kalau sudah tahu bahayanya, bertindaklah mengikut kewajaran dan undang-undang yang ada.
Menurut polis pula individu berkenaan dikatakan kini berada di luar negara. Pihak berkuasa menunggu ke pulangannya untuk tindakan selanjutnya. Bagi orang Islam yang rata-rata sedang marah, pihak berkuasa hendaklah tegas dalam mengheret si kurang ajar itu ke muka pengadilan.

Tidak kira di mana dia lari dan menyorok – baik di hutan atau di gua dalam negeri, di luar negara, hatta di planet lain – pasti ada keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan dan menangkapnya.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Islam dan Nabi dihina menerusi laman sosial. Sejak sekian lama pihak musuh menyerang dan meranapkan kesucian agama dan Rasulullah menerusi rangkaian maya. Ini dilakukan – secara berlapis atau terang-terangan – bukan sahaja oleh orang luar, malah orang kita sendiri.

Kes Calvin tidak boleh dimaafkan. Inilah masanya untuk pihak berkuasa menunjukkan ketegasan dalam membendung penghasut agama. Sebenarnya kita sudah terlalu berlembut selama ini. Kita sahaja yang setiap masa mengambil hati orang lain, sedangkan orang lain tidak sedikit pun menghiraukan perasaan kita.

Kesabaran kita ada batasnya, malah kini sudah sampai kemuncaknya. Jangan melambatkan tindakan ke atas penghina Nabi. Jangan berkompromi juga kepada mana-mana individu yang menghina raja, termasuk Goi yang kini bebas atas jaminan.

Umat Islam, khasnya Melayu, mahu individu-individu biadab itu segera dihukum. Sekiranya kita terlalu banyak bertolak ansur, orang akan terus menghina dan memijak kepala kita. Kita berkuasa, kita boleh bertindak.SH

3 comments:

Anonymous said...

PDRM mana berani..KDN cakap berdegar degar..habuk pun tarak..nak kumpul buktilah,siasat lah..apa lah..tangkap dulu duduk sehari dua dalam lokap .. lepas tu pandai pandailah nak dakwa dakwi..kalau ikut undang undang SIAM tinggal nama ajelah..kau salah ke benar ke? cerita kemudian..sendiri makan sendiri tanggung..Malaysia ni dengan PATI pun lemah..letihlah weh..

Anonymous said...

Kalau bab menghina agama islam atau bangsa melayu,KDN tak wujud. Kalau menghina bangsa lain,hanya dengan satu laporan polis saja satu gerombolan KDN akan bertindak sepantas kilat.Nak buat macamana kita ada PM pondan.Kena tunggu PRU 14 nanti utk gantikan PM.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Iklankan produk dan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Ekonomi teguh, ummah kuat sokongan anda amat dihargai

Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...