Video Seks. isteri ADUN pula tampil..



Video seks: Isteri tetap pertahan Guna 00

 SEREMBAN - “Itu bukan suami saya,” demikian kata J Arul Mary, 53, menafikan penglibatan Adun Senawang, P Gunasekaran dalam video seks yang tersebar menerusi YouTube.

 Beliau berkata, selepas meneliti video berkenaan, jelas sekali 'pelakon lelaki' terbabit bukanlah suaminya seperti digembar-gemburkan sebelum ini. “Saya lebih mengenali dirinya (Gunasekaran) berbanding orang lain berikutan sudah 27 tahun hidup bersama. “Justeru, saya tetap percaya pada kejujuran suami walau apa pun tohmahan dilemparkan terhadapnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP negeri, di sini, semalam.

 Mary berkata, beliau menganggap video tersebut dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan ingin menjatuhkan karier politik suaminya. “Apa yang dapat saya lakukan sekarang hanyalah berserah sepenuhnya pada Tuhan dan berdoa agar si pembuat angkara menerima balasan setimpal,” katanya.

 Sementara itu, anak perempuan Gunasekaran, G Annun Nancy, 24, pula berkata, melalui perbandingan dilakukan, didapati terlalu banyak perbezaan antara 'pelakon lelaki' tersebut dengan bapanya. “Jika diamati dengan teliti, cincin dan rantai lelaki dalam video berkenaan tidak sama dengan kepunyaan bapa,” katanya.

 Nancy bagaimanapun berkata, kelainan paling ketara dapat dilihat pada penampilan fizikal lelaki berkenaan. “Walaupun dalam keadaan gelap, masih jelas kelihatan ketidaksamaan susuk tubuh antara mereka berdua memandangkan lelaki itu tampak lebih sasa,” katanya. Mengulas tentang impak diterima keluarganya akibat penyebaran video terbabit, Nancy menjelaskan, ramai beri galakan dan semangat kepada mereka agar tabah menghadapi dugaan mendatang.

 “Seperti ibu, saya juga menaruh sepenuh kepercayaan terhadap bapa. Tiada masa dia nak melakukan perkara terkutuk sebegitu memandangkan hampir keseluruhan hidupnya ditumpukan bagi berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

 Dalam pada itu, Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin berkata, pihaknya sebulat suara tidak akan membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpa Gunasekaran. “Bagaimanapun, DAP peringkat kebangsaan akan tetap mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan penyebaran dan penayangan video berkenaan,” katanya.

 Kee Chin berkata, pihaknya memandang serius perkara ini memandangkan parti dan keluarga Gunasekaran turut terkena tempiasnya. “Kita beri sokongan sepenuhnya kepada Gunasekaran dan bersedia membantu melalui biro guaman parti sekiranya beliau ingin mengambil tindakan undang-undang,” katanya. Turut hadir pada sidang media diadakan, anak sulung Gunasekaran, G Baratha Nesan, 26.

A.S Kata, lebih-lebih pulak depa ni nafi, Bang non pun tak macam ni..
Hehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...