Chetz Yusof Pembikin Video Klip Raya Bersama Anjing Tiada Niat Hina Islam. Melayu Yang Terlebih Sensitif Katanya


KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

11 comments:

Anonymous said...

Ingatkan orang kafir yang buat video ini rupanya orang Islam sendiri!~.

Malas hendak cakap banyak banyak dengan 'budak' macam ini pada bulan puasa yang mulia ini.

Pergilah dulu ke madrasah, belajar ilmu agama Islam cukup cukup. Lepas itu baru bercakap mengenai anjing dan diri!

Jangan cakap ikut logic semata mata. Bila tanya pendapat jangan tanya kumpulan yang 'sekelas' dengan anda sahaja. Tanya jugalah orang yang tahu hokum hakam agama!

Anonymous said...

Inilah cara orang yang tidak ada roh Islam bercakap!

Kalau hendak menunjukkan cara cara memelihara haiwan dan menjaga kebersihannya, tidak boleh ke pilih haiwan lain, kucing ke, kambing ke atau 'lembu' ke!

Orang Islam yang arif dan teguh mengikut ajaran agamanya tidak akan terkeluar kata kata, "Melayu yang terlebih Sensitif"

Memang anjing, babi benda benda yang amat sensitive kepada umat Islam. Tahukah anda mereka adalah najis berat.

Alangkah bahagianya kalau orang macam ini, Allah swt ghaibkan dari bumi Malaysia tercinta ini!

Anonymous said...

Biar SKM siasat, kut,kut ada Tuan BIG sponsor dibelakang budak buat video tu. Terlampau cerdik, akhirnya jadi bodoh dan hina. Allah Maha besar dan Maha mengetahui apa yang kamu ketahui dan apa yang kamu tidak ketahui.

Anonymous said...

Ya ALLAH, tak pernah jumpa pun orang Islam pegang anjing, mahupun di Barat - bela anjing untuk jaga kebun/rumah ada jumpa, tapi jgn harap nak pegang! Si betina ni, janganlah nak MENYAMAQ! Kalau dah hina Islam/umatnya sampai begitu, dan boleh pegang anjing, dan bela ramai pula tu, saya syak mesti benci Islam atau dah MURTAD, ataupun PENYAMAR sebagai Islam - semuanya untuk MENUMBANGKAN Islam/umatnya! Gayanya juga saya syak golongan lesbian. Inilah yang puak Kristian Zionis DAPBIAWAK/PKR mahu - MENJAHANAMKAN akhlak dan akidah anak muda Islam/Melayu, terutamanya yang liberal dan kononnya bijakpandai.

Dan ini akan terus berleluasa, kerana makin ramai peguam/hakim SAMPAH DAPBANGKAI/PKR yang suka bela PENJENAYAH, apalagi yang benci Islam/umatnya, sampai kalimah ALLAH SWT suci kita pun boleh diheret dan dihina, masuk mahkamah sivil yang dikuasai undang-undang dan Barat-Zionis!

Bayangkan kalau orang Islam hantaq ucapan hari raya Cina atau Krismas dia dengan contohnya gambar Syaitan atau lucah pornografi, penghisap dadah atau salib terbalik (fahaman anti-Kristian, sering buat ini untuk menghina agama Kristian/pengikutnya, juga sebagai lambang agama gereja Syaitan/Satanic cult)! Dan saya percaya si SAMSENG PENAKUT seperti ini tak akan berani hina penganut Hindu – tengoklah banyak filem Bollywood, apa jadi kalau hina; ditetak dengan GANASnya!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Agaknya keluarga dia pun serupa dengan dia sebab itu bersetuju dengan perbuatannya.Mintalah nasihat/pandangan orang yang arif tentang islam tentang perkara ini. Bagi kawan2 serumah yang beragama islam carilah rumah lain yang sudah pasti rumah sekarng ni tidak diziriahi para malaikat. Amin

Anonymous said...

Sepertinya ramai orang Islam yang tak paham tentang anjing: Sila tengok http://www.academia.edu/1349894/Pendapat_Mazhab_Tentang_Kenajisan_Anjing_2012

Anonymous said...

Orang Islam kat Tentera, polis Dan lain-lain pihak berkuasa juga menjaga anjing untuk tugas mereka..

Haram ke?

Yang tak faham betul-betul, elok pi belajar agama lebih mendalam. Jangan main nak jadi lebih Islamik, boleh tak?

Anonymous said...

Orang melayu kan bodoh...tak abis nak emo macam sakai...Islam tak ajar pun untuk benci anjing...tapi itu la yg diorang ributkan.Tapi bila anak2 muda diorang sibuk berpeleseran,jadi matrempit...dating sana sini...tak ada pun bising.Tak ada bantahan pun?Tak jadi isu pun.Malah org melayu kata benda tu halal.
Kepala hotak lu la melayu,hal anjing nak kecoh macam bangang.
Aku sendiri pun melayu gak.Dan aku akui melayu macam perangai hipokrit...perangai org melayu tak akan berubah.

Anonymous said...

Kenapa tak ambik anak2 yatim gelandangan dan daif.Itukan lebih elok.Anjing,kucing yang terbiar maseh ada SPCA yang menguruskan.Anak2 terbiar jika kita angkat kehidupan mereka pasti lebih berkah dan terpelihara masyrakat murni.Cik Maznah ini tarzan kota kah?

Anonymous said...

Kenapa tak ambik anak2 yatim gelandangan dan daif.Itukan lebih elok.Anjing,kucing yang terbiar maseh ada SPCA yang menguruskan.Anak2 terbiar jika kita angkat kehidupan mereka pasti lebih berkah dan terpelihara masyrakat murni.Cik Maznah ini tarzan kota kah?

Anonymous said...

Jangan kaitkan pkr atau parti 2 lain tanpa bukti yg jelas tentang maznah. Beliau tak cukup ilmu pasal tu bergelumang dengan anjing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...