Respon Tengku Zaihan imsiden menayangkan kertas undi.


KUALA BESUT - Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurugambar.

Tengku Zaihan, 37, berkata, beliau tiada niat untuk menunjukkan kertas undi itu disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.
  
Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut
pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya ni tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itulah menyebabkan tindakan saya jadi spontan.
  
"Semasa nak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi
sebab mahu memberi respons," katanya, hari ini.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak pembangkang kononnya beliau telah melanggar peraturan pilihan raya apabila
menunjukkan kertas undinya kepada jurugambar pada hari mengundi semalam.
 
Pada PRK Dun Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku
Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.
 
Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan Dun
Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh Pas mengenai 16:16 Terengganu Baru.
 
"Saya bukanlah penyelamat tetapi pengundi Kuala Besut yang sebenarnya memainkan peranan utama dalam menentukan kemenangan BN dan meneruskan
kesinambungan BN memastikan penduduk sini mendapat pembangunan berterusan.
 
"Selain daripada sokongan setempat, saya lihat pengundi muda mula beri sokongan kepada BN... mungkin juga ia ada kaitan dengan faktor calon muda
diketengahkan BN," katanya.SH

1 comment:

Budak Baghuh said...

Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://orangkampungcyber.blogspot.com ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...