Parking kereta di KL akan dinaikkan rm40 sejam?


Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.

Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.

Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.
Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.

Beliau membuat cadangan itu pada satu Persidangan Lebuh Raya di Johor baru-baru ini.

Khairiah berkata selain itu satu pelan strategik berkaitan pengangkutan perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum mengenakan caj berkenaan.

“Pelan strategik itu perlu memberi fokus kepada kepentingan orang ramai dan bukan entiti perniagaan,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengkaji keperluan kawasan letak kereta di Kuala Lumpur khasnya kawasan yang mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kajian turut melibatkan keperluan mengurangkan kawasan letak kereta jika bilangan sistem pengangkutan awam meningkat.

Ketika ini, populasi warga Kuala Lumpur ialah 6 juta orang dan ia bakal bertambah kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020.

3 comments:

Anonymous said...

suruh org tu naik komuter dulu baru nak samakan dengan negara maju.

pillpuss@yahoo.com said...

awat tak 1400 sejam, lagi cepat kaya, akai tak dak..

Anonymous said...

ini kes srupa kisah harga minyak naik itu hari...
sblum naikan harga parking..
knp tidak turunkan harga kereta terlebih dahulu.. ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...