Penjelasan Isu Bil Letrik di Kediaman PM yang perlu anda tahu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana.  

Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri.  

Beliau berkata, demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini bagi menjelaskan apa yang dipertikaikan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang).  

"Sebagai anggota Parlimen dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah...jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang," kata Shahidan.  - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...