Perarakan berhala di jalanan harus dihalang jika agama lain pertikai ibadah korban!!


Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.(gambar hiasan).

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook.

Kenyataan itu timbul apabila ibadah korban di SK Puchong Jaya minggu lalu dipersoalkan oleh seorang individu yang cuba mendapatkan penjelasan guru besar sekolah terbabit.

Perbualan individu bernama "Saravanan" dengan guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, menjadi tumpuan apabila dimuatkan di Youtube.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

2 comments:

Unknown said...

Saya setuju, Jika Saravanan kata anak2 berugama Hindu tak patut melihat penyembelihan lembu disekolah saya juga ingin mencadangkan perarakan Taipusam diharamkan dijalan-jalan raya dan juga di Batu Caves kerana ini tempat awam.

Penganut Hindu yg berarak mencucuk lidah, telinga, mulut dan badan tidak sesuai ditontonkan kepada orang ramai terutama anak2 bukan berugama Hindu.

Mana dia NGO2 Hindu yg bising dulu masa sekolah Pristina di Sungai Buluh. Aku nak tahu juga pasal isu Taipusam ni. Boleh tak kita haramkan juga.

Anonymous said...

haram kan je... ade berani!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...