#PRKSgLimau : Allahyarham Azizan MB Paling Dibenci Pakatan Rakyat


Alfatihah buat arwah ustaz azizan

Ramai berpandangan tindakan PAS meletakkan Azam untuk meraih simpati saudara mara dan penyokong Azizan di kawasan tersebut hanya akan makan diri sebab rakyat Sungai Limau masih ingat bagaimana teruknya pimpinan PAS negeri dan pusat menghinakan bekas Menteri Besar Kedah tersebut.Terutama ketika krisis pentadbiran Kedah berlaku pada awal tahun 2012.

Pada ketika itu, para penyokong PAS tidak segan silu memaki Azizan dan secara terbuka memintanya meletakkan jawatan berikutan kegagalan menangani krisis tersebut. Di akhirnya, PAS pusat ’mencabut’ kuasa Azizan sebagai Menteri Besar dengan menubuhkan jawatankuasa Pemandu yang akan memantau setiap keputusan yang dibuat Azizan.

Selepas itu berpanjanganlah Azizan menjadi Menteri Besar yang paling dibenci Pakatan pembangkang. Sehingga bila Menteri Besar itu tidak kekoh menyokong program 1M4U pun, beliau dianggap macam musuh oleh pimpinan PAS sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...