Kenyataan rasmi dari TLDM berkenaan Asruf Anggota TLDM yang dikatakan mati dibunuh..

TLDM mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial. Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau. Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portalhttp://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan

Cerita asal: Gambar Asruf seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM, berasal dari Tenom Sabah, dipercayai mati dibunuh tersebar. 
Foto mangsa tersebar dilaman sosial berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati akibat lemas ketika sedang menjalani latihan.
 
Berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa, timbul elemen yang meragukan apabila terdapat kesan tumbukan dan tusukan rokok pada badan dan wajah mangsa seolah-oleh didera.  
Kini, foto jenazah mangsa telah dikongsikan oleh ratusan pengguna dilaman sosial demi menuntut keadilan terhadap kematian mangsa yang meragukan. Pihak keluarga mangsa juga percaya bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan unsur kes penderaan.
May His Soul Rest In Heavenly Peace~-SumbeR 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...