Luahan dari hati Ustaz Kazim yang perlu kalian tahu..


Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.

Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.

“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.

Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.

“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.

“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

2 comments:

Anonymous said...

Undangan kpd UKE yg aku nampak, hanyalah kerana pupolaritinya. Klu nak dgr nasihat dan cadangan agama, dah ramai ilmuan agama dlm UMNO dan k'jaan.

Anonymous said...

UKE juga boleh ambil iktibar dr kisah Luqman alHakim, jgn peduli celaan manusia, asal kebaikan yg kita lakukan, dan bukan perkara dosa.
Juga pengajaran dr 25:63, bila dicela dihina dikutuk atau apa sj ungkapan buruk kpd kita, tak perlu balas, bahkan ucapkan kata kata yg baik baik sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...