Video Polis Tampar Orang Awam Di Bayan Baru! Terus Diambil Tindakan Disiplin Serta Merta!!

Jangan pula ada machai yang cuba politikkan isu ini. Terbukti Pihak Pengurusan Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana unsur salahlaku anggota atau pegawainya.

GEORGETOWN - Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang."Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.

Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru. - Bernama


3 comments:

Anonymous said...

kalu tak ada video tindakan cepat jugak ker?

lenovo said...

ooo...pekara biase je..dh basi...ape nk heran...kalu kt tempat kampung2 n ulu2..diorang ni dh jadi mcm penjenayah belesen...org kampung bukan leh wat ape pun..nak2 plak kalau diaorg rush..rumah yg ade keluarga matpet or taik ubat...mcm siall je..

Anonymous said...

good job!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...