Anwar wajar dihadapkan ke tali gantung??





Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad. Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing. Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

Siapa dia KASSIM AHMAD? 

Bagi generasi muda, baiklah anda mengkaji latar belakang insan ini dengan seadilnya dahulu sebelum menjatuhkan hukum ke atasnya. Ya, dia pernah menganuti fahaman SOSIALIS, tetapi dia telah insaf, menulis buku MENCARI JALAN PULANG untuk kembali ke arah Islamisme yang mempromosi pemahaman terhadap isi Al-Quran. 

Dia kritik hadis yes, tetapi dia tidaklah tolak hadis (tolak total) sepertimana yang dituduh ke atasnya. Dia mungkin jahil yes, tetapi siapa kita untuk hukumnya murtad atau anti hadis? Jika kita di pihak yang benar, maka bermuzakarahlah dengan insan ini, betulkan apa yang jelas tersasar dan akuilah apa yang benar darinya.

Baca pandangan Ustaz Zaharuddin terhadap golongan anti hadis jika benar seperti didakwa di SINI.

Wallahualam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...