Gambar Anaknya, Blogger jangan memfitnah - Engku Emran


Engku Emran – Pemilik Blog Jangan Sebar Fitnah, Aleesya Tidak Bersedih -

Tiada siapa yang menginginkan perpisahan, namun Allah SWT yang menentukan segalanya. Bagaimanapun, kisah perceraian yang terpaksa ditempuhi oleh primadona negara, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin ini masih lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Terkini, foto anak tunggal mereka, Engku Aleesya yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Engku Emran telah disalahtafsir oleh sebuah blog hiburan dengan dakwaan bahawa anak perempuannya itu bersedih atas perceraian kedua ibu bapa mereka.

Susulan dakwaan itu, Engku Emran lantas memberi kenyataan di ruangan komen bahawa dia baru sahaja mengetahui foto anak kesayangannya itu telah dipergunakan untuk menyebar fitnah.

Engku Emran turut memberitahu bahawa mereka tidak terganggu dengan fitnah yang dilakukan dan menjelaskan bahawa anaknya yang baru berusia lima tahun itu berada dalam keadaan yang tenang.Diharap tiada lagi kisah-kisah buruk yang direka oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berkenaan perceraian mereka ini.

1 comment:

Anonymous said...

Benar, tiada siapa mahukan perpisahan apakan lagi pasangan yg pernah melalui zaman percintaan yg indah tp takdir Allah mengatasi segalanya. Yg indah simpan dalam memori, yg pahit lupakan. Anak masih milik kalian berdua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...