Malang sekali, tapak dah siap elok disediakan oleh pihak masjid tapi masih belum boleh diguna kerana permainan politik dalaman Pakatan. |
Pasar Kemboja yang sebelum ini terletak di Jalan Sempadan, Sempadan Nibong Tebal dan Parit Buntar sememangnya suatu 'syurga' membeli belah bagi mereka yang gemarkan barangan berasaskan tekstil serta pakaian. Ia menjadi tempat tumpuan bagi orang ramai di kawasan sekitar dan ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur bagi mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan sangat berpatutan.
Namun disebabkan kesesakan yang luar biasa di kawasan setiap kali pasar ini beroperasi iaitu Permatang Tok Mahat suatu tindakan drastik terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa dengan terpaksa menutup perniagaan di situ dan terpaksa mencari lokasi alternatif yang baru.
Pagi tadi telah diadakan mesyuarat di MPSP berkenaan isu penempatan semula " Uptown/Pasar Kemboja". Kehadiran oleh YB Mansor, wakil YDP MPSP, ahli2 majlis MPSP dan unit2 MPSP (kejuruteraan, perlesenan, penguatkuasaan) serta ADUN Kawasan yang terlibat.
Apa yang dimaklumkan, terdapat dua lokasi yg dicadangkan iaitu lokasi pertama Taman Keramat Permai (belakang pejabat renjer, jln tok keramat) manakala yang kedua kawasan Masjid Putih, jln transkrian berhampiran Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal.
Dimaklumkan sehingga selesai mesyuarat, tiada keputusan dibuat berkenaan lokasi penempatan semula Pasar Kemboja. Dlm masa terdekat akan diadakan lawatan tapak di dua lokasi ini bg memutuskan lokasi penempatan semula Pasar Kemboja.
Namun agak memusykilkan, dua gambar di atas diambil di lokasi kedua iaitu tanah Masjid Putih, Jalan Transkrian. Kelihatan lokasi tersebut sudah bersedia untuk menjalankan perniagaan dengan tanah diratakan dan khemah urusetia serta peniaga makanan sudah tersedia. Namun pihak MPSP masih belum memberi kebenaran berniaga pada minggu lepas yang dijadualkan pada hari Jumaat.
Tanah tersebut adalah milik masjid dan belanja site clearance juga semua kosnya ditanggung oleh pihak masjid. Namun yang menjadi kontroversi sekarang pihak MPSP lebih ' favour' untuk memberikan hak pengelolaan dan pengurusan kepada pihak JKKKN dan bukannya kepada masjid.
Ada sesuatu yang pelik di sini kerana masalah pemberian hak menganjurkan pasar tersebut masih tergantung dan belum ada kata sepakat. Ini membayangkan kelemahan kerajaan negeri dalam membuat keputusan yang cepat dan bijak. Slogan CAT makin ke lautlah nampaknya.
Tunggu pendedahan seterusnya..
3 comments:
bukan takmau beri...
tapi ada la sekor dua haramjadah dalam tu yang kelabu mata nampak duit.
tu pasal takmau bagi masjid tu generate income sendiri
sama macam kes uptown kota damansara la
Saya pernah ke situ baru-baru ini, memang tak dpt dinafikan kesesakan berlaku dikawasan berkenaan dan kawasan parkir yang amat terhad serta menganggu penduduk kampung berdekatan. Barangan tekstilnya memang berpatutan dan saya ada keinginan untuk kesana lagi, cuma masalah parkir dan kesesakan menyebabkan saya terpaksa berfikir 2 kali utk kesana.
Mohon janganlah disusahkan kerja penempatan baru yang sepatutnya mudah ini dengan karenah birokrasi. Rakyat is watching and judging your movement...
Askum
Pasar Kemboja hanya di Parit Buntar ke?
Waktu operasi?
Post a Comment