Tahniah @zahid_hamidi ! Anda Kini Boleh Tidoq Lena.. Pakatan Haram Nganga..


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai wakil rakyat bagi penduduk Bagan Datoh, Perak apabila Mahkamah Pilihan Raya pada Selasa menolak petisyen PKR untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan Parlimen berkenaan.

 Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasnah Mohamed Hashim membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Ahmad Zahid, calon Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi Parlimen itu. Petisyen bagi memohon membatalkan kemenangan Ahmad Zahid dikemukakan oleh calon PKR, Madhi Hasan dan seorang pengundi, Azmi Sulaiman.

 Hakim Hasnah juga memerintahkan kedua-dua pempetisyen masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden. Tahniah sekali lagi buat DS Zahid Hamidi berjaya mengkekalkan kemenangan Parlimen Bagan Datoh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...