Penutup panel sayap tercabut semasa terbang



MARCH 18, 2014 Atlanta - Bahagian penutup panel sayap pesawat Boeing 757 Delta Air Lines yang terbang dari Orlando ke Atlanta, Amerika Syarikat, tercabut, Isnin (17/03) waktu setempat.

 Situasi itu mencemaskan 179 penumpang. Menurut laporan nbc.com, para penumpang mendengar dentuman kuat, lalu mereka melihat sayap pesawat bahagian atasnya terbuka sehingga terlihat instrumen dalam sayap pesawat.

 Pihak berkuasa penerbangan tempatan menyatakan setelah pilot mengisytiharkan kecemasan, penerbangan 2412 mendarat dengan selamat sekitar pukul 07.10 Isnin malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta.

 Setelah mendarat, pejabat Delta Air Lines memberitahu pihak berkuasa penerbangan (FAA) bahwa panel sayap yang berukuran 4X8 kaki tercabut sehingga roda dan rangkaian kabel terlihat.

 Menurut jurucakap Delta, Anthony Black, bahagian sayap yang hilang itu tidak mempengaruhi semasa penerbangan dan pendaratan pesawat tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...