Signifikasi Jambatan Kedua Pulau Pinang Yang Baru Dibuka Sebentar Tadi



Aku turut berkesempatan hadir ke majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang yanh diadakan secara gilang gemilang dengam kehadiran belasan ribuan warga Pulau Pinang.

Ramai yang bersetuju bahawa pelancaran jambatan ini akan menjadi sebahagian daripada detik-detik bersejarah Malaysia. Pertama, apa yang perlu diberitahu ramai adalah, jambatan ini merupakan jambatan pertama yang akan gunakan kenderaan-kenderaan elektrik Jepun (Mitsubishi i-MiEV) untuk tujuan perondaan. Dibina daripada pinjaman besar daripada China pada kos RM4.5bilion, objektif pembinaan jambatan:

1. Merapatkan persahabatan Malaysia-China;
2. Peningkatan pertumbuhan ekonomi;
3. Kurangkan penggunaan jambatan pertama.

Jambatan ini akan menghubungkan kawasan Batu Kawan dan Batu Maung pada jarak 24 kilometer yang akan menjadikan jambatan ini jambatan terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan ketiga di serata dunia. 

Cadangan ini dimulakan daripada Dr Mahathir sendiri pada ketika 1995/1996 untuk menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan. Dan dimulakan pada penghujung 2008, jambatan ini telah bertemu dengan beberapa tunggakan sehinggalah siapnya pada hari ini. 

Kawasan Batu Kawan ini pada asalnya dipenuhi dengan tanaman-tanaman sawit tanpa sebarang infrastruktur jalan yang baik pun. Sejak bermulanya pembinaan ini, kawasan tersebut terus melalui dengan pelbagai pembentukan, terutamanya sektor perindustrian, perumahan, dan komersial. 

Sebuah perhentian R&R akan dibina di kawasan Batu Kawan dalam masa enam bulan, dimana pada asalnya dijangka akan dibina di tengah-tengah jambatan sendiri.

Apa yang sangat dinanti-nantikan adalah kos tolnya, cuma apa yang diberitahu adalah tolnya adalah percuma selama sebulan. Kadarnya masih lagi belum diumumkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...