ADUN ini bakal menggantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu??

Mengikut sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi. Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baru yang tidak dipasti apa 'post'nya.

Menurut sumber itu lagi yang akan mengganti Ahmad Said ialah YB Rozi Mamat Adun Telemung yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri. Pertukaran ini adalah berpunca daripada laporan "geng Idris Jusoh" yang menyebut Ahmad Said telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat. 

Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.

Malah dikatakan Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO malah kadang kala dikatakan seolah memperli pula dalam tindakannya. Laporan itu juga menyebut Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat.

Mengikut sumber itu sepatutnya Ahmad said telah ditukar sebelum PRU-13 tapi oleh kerana kedudukan Terengganu agak tidak stabil dengan kekuatan PAS agak kemuncak maka usaha pertukaran ini terbantut.

Baru ini bulan Mac 2014 dia ini telah mengarahkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk menukar semula kenaikan pangkat seorang pegawai yang ditukarkan daripada Hulu Terengganu ke JPNT. Pertukaran ini adalah kerana pegawai berkenaan adalah adik kepada Zakara Dagang calon PAS semasa PRU-13. -Sumber

A.S kata, samada betul atau tidak spekulasi ini, kekuatan UMNO di Terengganu harus dipulihkan dan disepadukan seberapa segera. 
AKu tak mahu melihat sesama UMNO kita berbalah dan tiada sefahaman. 
Harap YAB PM dapat membuat keputusan terbaik demi kelangsungan survival politik UMNO di Terengganu. Kadangkala untuk membuat keputusan terbaik, sudah pasti akan ada pihak yang terluka. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...