12-15-5 ?? Punggah!!!


Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Baki dua lagi adalah calon bebas.-astroawani


A.S kata kita tunggu esok pulak apa nak jadi. Nak tengok Terengganu diperintah oleh Pas pulak ka??

Dikhabarkan 3 orang Adun lagi akan keluar Umno juga menjadikan 5 orang Adun bebas. Kalau 5 mereka mesra Pakatan pakai almarhumlah BN di Ganu.
Dimaklumkan sumber tak rasmi juga DS Ahmad Said dijanjikan jawatan MB dan yang lain jawatan exco jika PAS memerintah.

Tok Najib plis do something. Sultan Terengganu kalau perlu masuk campur masuklah.. Apa sebenarnya permainan politik ini???

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah tok matsaid....kdg2 kita kena ajar umno cara ni...bkn tk sayang parti tp meluat dgn karenah pemimpin parti....sy cadangkan adun d perak ikut matsaid.....bkn apa....dlm pejabat mb penuh dgn lanun.....nk buang lanun payah....nak buang mb payah....buang kerajaan lbh senang.....jatuh bn kat perak baru dpt buang lanun.....

Anonymous said...

Padan muka dengan kerakusan kuasa oleh sendiri bikin.Biar putih mata dari putih tulang DAS.Bravo!.Harap lain kali buatlah keputusan dengan memakai akal dari memakai nafsu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...