Analisa Terkini. BN mungkin tewas dengan majority merudum teruk di #prktelukintan.


TELUK INTAN: Tsunami politik yang melanda pada 2008 dan 2013 yang menjejaskan kestabilan Barisan Nasional dan penguasaan kuasa dalam politik Malaysia terus menghantui parti pemerintah itu, kali ini dengan kehadiran wajah baru, Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, DAP dan Pakatan Rakyat dijangka sekali lagi menyumbangkan kekalahan kepada BN walaupun dengan majoriti yang lebih kecil.

Kemenangan Dyana, kata para penganalisis dan pemerhati, dijamin, walaupun faktor-faktor yang secara tradisinya tidak memihak kepada beliau: seorang belia, kurang pengalaman dan menjadi calon Melayu yang bertanding di daerah majoriti Cina.

"Dyana secara jelasnya tidak bersedia untuk menjadi calon dan belum matang lagi. Dia masih perlu dibimbing sehingga boleh menjadi  (penasihat DAP) Lim Kit Siang yang seterusnya," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.

Walau bagaimanapun, umur dan kemahiran peguam berusia 27 tahun itu berbanding dengan lawannya, Datuk Mah Siew Keong, seorang veteran politik, tidak dijadikan isu oleh pengundi yang dilihat sebagai anti-golongan berkuasa terutama sekali penduduk Cina di kawasan berkenaan.

"DAP masih mempunyai kelebihan. Walaupun mempunyai perbezaan yang besar di antara calon-calon, namun sentimen anti-BN tetap tinggi. Kami tidak bercakap mengenai faktor Ubah yang diketengahkan oleh parti berkenaan."

Orang Cina membentuk 42% daripada 60,000 pengundi berbanding dengan orang Melayu dan India iaitu masing-masing 38% dan 19%. DAP memenangi 85% pengundi Cina pada masa dahulu, dan menjangka penurunan paling tinggi iaitu 5%.

Keputusan DAP untuk mengetengahkan Dyana, seorang anak perempuan daripada keluarga UMNO, telah dianggap sebagai berani dan pada masa yang sama turut dianggap sebagai satu gimik.

Walaupun pembangkang berkata ia mahu memecahkan politik perkauman dan menyambut ketibaan 'Malaysia baru' , pengkritik berkata DAP meletakkan calon yang tidak dikenali kerana mereka tahu mereka akan menang tidak kira calonnya siapa.

Ia juga dilihat sebagai usaha untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu dan mengukuhkan kehadiran mereka dalam PRU14 , memandangkan sokongan daripada Cina kian meningkat.

"Mereka boleh menang dengan logo parti itu sendiri , dan ia lebih daripada Dyana. Ia melampaui kekuatan calon," kata seorang penganalisis politik.

Taruhan yang tinggi untuk Mah

Untuk Mah yang berusia 53 tahun, seorang anak tempatan dan pernah menjadi ahli parlimen di kawasan itu untuk dua penggal, ia adalah taruhan yang tinggi kerana beliau adalah ketua parti komponen di dalam BN yang dilihat semakin lemah. Parti itu hanya memegang satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya lepas.

"Masa depan Gerakan dalam taruhan," kata seorang ahli Gerakan, yang tahu frasa ini sering diungkap sejak kebelakangan ini.

Walaupun dianggap sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan, kekalahan di Teluk Intan bermakna Mah akan mempunyai masa yang sukar untuk meneruskan kerjaya politiknya dengan lancar.

Ini juga mengapa Gerakan dan BN telah menganjurkan 20-30 acara kecil-kecilan. Ia boleh dikatakan bahawa Mah telah bekerja dua kali lebih keras daripada DAP.

Oleh kerana pengundi Cina sudah dianggap sebagai 'hilang' dan pengundi Melayu sebahagian besarnya masih setia kepada BN, salah satu komponen penting untuk strategi BN kali ini adalah untuk menarik masyarakat India.

Mereka berharap untuk mendapat sebanyak  60% sokongan, walaupun mereka hanya berjaya mendapat 40% sokongan pada masa lepas. Pemerhati menjangkakan jumlah ini akan meningkat dan memihak kepadap BN atas janji-janji yang diberikan.

Musuh utama Gerakan adalah kehadirannya dalam BN sendiri. Pengundi-pengundi telah mengakui bahawa mereka lebih suka anak tempatan untuk menjadi wakil rakyat yang boleh bekerja dan membawa pembangunan  tetapi kebencian mereka terhadap BN membnayangi apa sahaja janji yang dibentangkan dalam manifesto beliau.-awani


Jumlah terkini kiraan undi tak rasmi. BN dijangka tewas kurang dari 1000 undi. Namun aku masih harapkan sedikit keajaiban berlaku. InsyaAllah tak mustahil.

Namun dpt dilihat Majority dap merudum teruk. Masih ada sinar buat BN dlm menambat hati kaum cina. Org melayu majoritynya masih setia bersama Bn tinggallah 2-3 kerat melayu haprak yg bodoh masih jadi machai Dapig.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...