Gelagat Anggota Kaki Polis Letak Kaki Di Tembok Kaabah Undang Kemarahan!!


Jeddah: Gabenor Makkah semalam mengarahkan siasatan dijalankan terhadap seorang anggota polis yang bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah.

Putera Mishal Abdullah berkata, sikap biadab seperti itu tidak boleh diterima dan mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis yang tidak menghargai penghormatan yang diberikan untuk bertugas di tempat suci berkenaan.

Dalam budaya Arab menunjukkan kaki atau meletakkan kaki pada seseorang atau sesuatu tempat suci dianggap kebiadaban melampau.

Gambar yang dimuat naik di Internet menunjukkan polis itu bersandar sambil meletakkan kaki pada Kaabah di penjuru Hajar Aswad menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia.

Mishal mengarah Ketua Polis Makkah, Abdul Aziz Al Sooli untuk mengadakan kursus mengajar kakitangan bertugas di Masjidil Haram adab berada di Baitullah dan cara terbaik melayani jemaah yang hadir dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah itu.

- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...