2-3 hari ni aku tertarik untuk menulis berkenaan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti Pkr di Nibong Tebal sehingga mendapat liputan meluas di seluruh negara. Banyak kes kekecohan yg berlaku di seluruh pelusuk Malaysia semasa pemilihan ini merupakan indikator jelas kegagalan parti Pkr menguruskan parti mereka dengan baik. Ini jelas umpama meludah ke langit kerana mereka berkokok sakan menyalahkan Spr pabila berlaku pilihanraya.
Pemilihan Ketua Pkr cabang Nibong Tebal menyebabkan perpecahan kepada 3 kem iaitu kem YB Ust Maktar, YB Mansor Othman dan Sanjey yg mana penyokongnya majoriti terdiri dari kaum india.
Dibawah adalah luahan rasa Haji Wan Mohd Kamil yg jelas menyatakan mereka di pihak yang benar dan lawan mereka iaitu team Yb Mansorlah yang punca segala kekusutan dan kelam kabut ini.
Di pihak kem Mansor Othman pula, aku dengar bahawa malam itu jelas mereka yakin akan menang pemilihan tersebut. Isu pengundi hantu jelas tidak timbul kerana mereka memang bekerja keras mendaftarkan dan mengumpul ahli ahli demi untuk mencapai kemenangan.
Di pihak Sanjey pula mereka menuduh Team Yb Mansor mencuri pengundi mereka dengan berkempen sehingga di dalam dewan pemilihan.
Macam-macam hal lah puak parti kian reput ni. Jawatankuasa pemilihan pun tunggang langgang buat kerja pun tak reti. Hancuq cepat sikit la parti ni ada pun menyusahkan rakyat sahaja.
2) Perjalanan pemilihan berjalan dengan kelam kabut kerana JPP gagal menghalang team baju merah (Mansor) untuk tidak masuk ke dewan dan tidak campur tangan urusan mengundi. Team Merah merampas kertas cai Sanjev dan YB Ust. Ini menyebabkan Sanjev naik angin dan meluru masuk ke dewan dan menjerit kepada KTM dan team baju merah. Perkara ini berlarutan sehingga beberapa jam, sehingga petugas parti menambil tangungjawab menyusun semula kedudukan layout.
3) Team baju merah masih curi-curi masuk ke dalam line pengundi, seolah-olah mahu mengundi. Tetapi sebenarnya mereka memancing undi dan merampas kertas cai, Sanjev dan YB Ust dari pengundi dan diganti dengan kertas cai YB Mansor. Sekali lagi Sanjev diberitahu oleh petugasnya, lalu beliau datang ambil gambar dan buat bising.
4) Lewat petang kertas undi wanita habis menyebabkan ramai wanita terpaksa menunggu, Pritpal Singh pula membuat bising kerana wanitanya tak dapat mengundi. KTM mohon bersabar kerana kertas undi dalam perjalanan.
5) Akhirnya pengundian selesai dengan jayanya.
Hj Wan Mohd Kamil Calon Timbalan Ketua Cabang PKR Nibong Tebal yg merupakan team YB Ust Maktar |
6) Pengiraan kertas undi pun berjalan. Petugas yang berada di dalam dewan mewakili calon2 memulakan pengasingan kertas undi dari 4 buah peti undi. Peti 1(250), peti 2 (189), peti 3 (218), peti 4 (181). Jumlah 838. JPP mengira pula rekod kehadiran di buku daftar keanggotaan mereka. Jumlah 671. Jadi kertas undi dalam tong melebihi kehadiran, lebihannya 167. Maka KTM menhentikan proses mengira kerana berlaku keraguan. YB Law dipanggil untuk selesaikan masalah ini. 2 calon minta dibatalkan pengundian, manakala YB Mansor mahu dikira undi setiap kategori jawatan pada masa itu.
7) YB Law rujuk Dato Johari Abdul dengan memasang loud speaker. Dato Johari bagi keputusan untuk dirujuk kepada calon, yang mana lebih maka ikut keputusan itu. Maka 2 calon minta dibatalkan 1 calon (Mansor) minta kira. tentulah keputusannya batal.
Dalam tong itu belum tahu lagi siapa menang siapa kalah, tetapi adalah tidak berhemah mengira dan menang dengan cara keraguan adanya penipuan dsbg.
8) YB Mansor mula telefon Dato Johari dan menekan beliau supaya dikira pada masa itu juga. Lalu kedua-dua calon yang tidak bersetuju bangun beredar dari meja penbincangan. Keadaan mula menjadi tegang namun dapat dikawal.
9) YB Law arahkan KTM umumkan pembatalan.
10) MANA ADA PEMENANG LAGI??? CUMA YANG ADA SEORANG CALON YANG CUBA MENIPU DUA ORANG CALON. Kemudian diputar belitkan fakta kononnya dia menang. Belum kira sudah tahu menang, maknanya team merekalah penipu itu. Wallahuaqlam. sekian. - Hj Wan Mohd Kamil
No comments:
Post a Comment