Panda oh Panda.. Kenapa kau menjelma??
Kecoh hari ni isu Panda yg diambil dari China terutamanya dari puak pakatan syaitan. Macam macam fitnah dan pandangan negatif terhadap Haiwan ini yang baru tiba pagi tadi.
Untuk makluman Panda adalah 10 haiwan yang terancam di dunia yang hanya terdapat di China.
World's Top 10 Endangered Animals Species List
(considered to be at extreme risk of extinction)
and it's location :
- Siberian Tiger (Russia, China, North Korea)
- Bonobo Ape (Central Africa)
- Giant Panda (South-central China)
- Mountain Gorilla (Central Africa)
- Black Rhino (Southwest Africa)
- Hawksbill Turtle (Tropics & South-tropics)
- Sumatran Orangutan (Northern Sumatra)
- Fin Whale (all world's ocean)
- Asian Elephant (India & Southeast Asia)
- Amur Leopard (Eastern Russia)
Kebanyakan zoo di dunia yang ada panda, semuanya secara pinjaman dari China selama 10 tahun
"The Scottish government said the loan of the pandas symbolised a "growing friendship" between Scotland and China.
All the panda merchandise is already on display in the Edinburgh Zoo gift shop
Alex Salmond wants to strengthen ties between the governments and forge better cultural and business links during his trip to several mainland cities and Hong Kong."
Pinjaman Panda Gergasi kepada zoo Amerika Syarikat dan Jepun membentuk diplomatik penting bagi negeri Republik Rakyat China pada 1970-an kerana ia menandakan pertukaran kebudayaan pertama antara RRC dan negara-negara Barat.
Menjelang tahun 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi dugunakan sebagai ejen diplomat. Sebaliknya, China mula menawarkan panda kepada negara lain hanya untuk pinjaman 10-tahun.
Pinjaman piawaian termasuk yuran yang mencecah AS$1,000,000 setahun dan syarat bahawa sebarang anak Panda yang lahir semasa pinjaman merupakan milik Republik Rakyat China.
Ini pelaburan hubungan dua hala China Malaysia, jambatan kedua Penang lagi besar share China di situ. Dari segi keselamatan dan international relation ada baiknya. Banyak invesment dan pelaburan lain yang berlaku antara dua negara.
Bila MH370 hilang dan kes penculikan di Sabah, banyak pihak mahu hubungan diplomasi Malaysia-China ini rengang dan bolehlah pihak lain datang untuk jadi polis dunia. Mereka memang mahu kelacauan yg terjadi macam di negara luar jadi kat Malaysia.
Apakah di China itu semuanya Buddha? Tidak, ada 40 juta lebih org islam di sana. Apakah kita mahu biar org islam di sana terus ditindas mcm Myanmar?
Jgn kita buat kesimpulan mudah dan cepat dalam sesuatu perkara. Maksud aku, banyak benda nampak membazir jangka pendek tapi tak semua orang nampak keuntungan jangka panjang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Panda tu Komunis tak?
Makan Babi tak?
Islam ke tak ni?
Atau pun patut dihina Dan di keji macam anjing Dan Babi?
1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner)Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.
2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia - Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.
3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.
4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.
5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia - China. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.
6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.
7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!
8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.
9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China - sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan - selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.
10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!
Nota Kaki:"Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.
Post a Comment