Berita Baik Untuk Pemilik Kereta Cermin Gelap!!?



Kuala Lumpur: Bengkel dua hari kajian semula peraturan cermin gelap kenderaan yang berakhir hari ini dijangka membuat ketetapan mengurangkan kadar telus cahaya sehingga 20 peratus daripada kadar semasa.

Difahamkan kadar telus cahaya cermin sisi dijangka diturunkan kepada 30 peratus berbanding 50 peratus sekarang, manakala cermin hadapan kepada hanya 50 peratus daripada 70 peratus sekarang.

Walaupun tidak disahkan, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata akan ada berita baik seperti yang diharapkan oleh pengguna yang mahu peraturan itu dikaji semula kerana ia dianggap sudah lapuk. -BH

A.S kata, 30% kadar telus cahaya sudah cukup baik jika cadangan itu dipersetujui dan dilaksanakan bermakna kerajaan telah mendengar luahan denut hati rakyat. Jangan pulak nanti dah 30%, nak tinggal 10% pula! Rakyat Malaysia sebahagiannya ada yang melampau sebegini.

1 comment:

Anonymous said...

This govt. has no political will in implementing law and order.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...