Kerajaan DAP/PR Penang Zalim
SEWA GERAI DI PULAU PINANG NAIK 100 % ?
Lebih 700 peniaga gerai makanan yang menyewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu bersedia membayar kadar sewa lebih tinggi selepas kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan kenaikan sewa baru-baru ini.
Kenaikan itu yang dijangka mencecah sehingga 100 peratus akan bermula pada September ini dan sudah pun diluluskan dalam mesyuarat MPSP baru-baru ini.
Kelulusan yang mengejutkan itu mengundang rasa tidak puas hati peniaga-peniaga
Peniaga mi goreng di Medan Selera Tenggiri, Seberang Jaya dekat sini, Ali Shuiu berkata, kelulusan itu jika dilaksana kelak sudah tentu akan membebankan golongan peniaga sepertinya.
Apatah lagi, menurutnya, golongan peniaga di Medan Selera Tenggiri ketika ini juga sudah terbeban dengan masalah kekurangan pelanggan kerana terlalu banyak medan selera di kawasan sekitar dibuka.
"Kalau dahulu, terdapat 50 gerai beroperasi tetapi sekarang ini hanya tinggal 10 gerai sahaja. Masalah ini berlaku kerana kekurangan pelanggan yang datang ke sini menyebabkan pendapatan kami merosot," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ali yang berniaga di situ sejak 24 tahun lalu berkata, ketika ini, dia membayar harga sewa sebanyak RM60 sebulan bagi satu tapak selain bil elektrik dan bil air yang dibayar berasingan sebanyak RM70 sebulan manakala gaji pekerja sebanyak RM500.
"Di sebalik pelbagai bayaran yang perlu dilunaskan itu, pendapatan saya sehari pula cukup sedikit iaitu hanya kira-kira RM70 sehari.
"Jadi, bagaimana saya mampu meneruskan perniagaan sekiranya harga sewa tapak pula mahu dinaikkan pada masa depan?" katanya.
Menurutnya, kali terakhir bayaran sewa dinaikkan adalah kira-kira 10 tahun lalu.
Sementara itu, peniaga nasi campur, Syarena Mohd. Fauzi, 32, berkata, kenaikan harga sewa tapak sepatutnya turut disusuli dengan penambahbaikan kemudahan dan keselesaan di medan selera tersebut yang kini semakin kurang mendapat sambutan orang ramai.
"Antaranya kesukaran pelanggan meletakkan kenderaan kerana kekurangan petak parkir menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke kawasan ini.
"Selain itu, medan selera ini juga tidak ditambah baik, sebab itu saya berharap pihak berkuasa tempatan mengkaji semula keputusan berkenaan," katanya.
Ketika ini, terdapat lebih 700 gerai milik MPSP yang majoritinya disewa peniaga Melayu dengan kadar bulanan yang dikenakan antara RM60 hingga RM120 bergantung kepada keluasan tapak dan tempat membabitkan 27 kawasan dalam daerah Seberang Perai Tengah.
Walau bagaimanapun, jumlah gerai itu tidak termasuk gerai MPSP di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang turut terlibat dengan kenaikan harga sewa.
Sementara itu, jurucakap MPSP ketika dihubungi tidak menafikan akan berlaku kenaikan sewa premis tersebut.
Katanya, perkara itu akan dimaklumkan Yang Dipertua MPSP, Maimumah Mohd. Sharif dalam sidang akhbar yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini.
No comments:
Post a Comment