30 Fakta Berkaitan Nahas #MH17 yang perlu anda ketahui..


1. Rusia. China. Iran. Adalah proksi yang bersekutu.

2. Kumpulan pemisah Ukraine pro Rusia ialah pejuang pemisah yang bersekutu dengan Rusia.

3. Vladimor Putin ialah Presiden Rusia.

4. Dakwaan mengatakan bahawa kumpulan pemisah mahu menembak mati presiden Rusia adalah karut kerana kumpulan pemisah wilayah bergolak dan Rusia bersekutu.

5. Rusia menafikan melalui ruang udara Ukraine. Sehingga kini pihak yang mendakwa Rusia melalui ruang udara Ukraine tidak menghadirkan bukti laluan pesawat yang dinaiki oleh Putin.

6. Setakat ini hanya Ukraine keluarkan kenyataan rasmi bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh kumpulan pemisah Ukraine.

7. Tiada pengakuan rasmi yang dikeluarkan oleh ketua kumpulan pemisah Sergev Kavtaradze.

8. Rusia menafikan terbabit (bertanggungjawab) dalam insiden berkenaan. Kumpulan pemisah juga menafikan terlibat mendalangi insiden berkenaan. Mereka menyatakan bahawa misil yang dimiliki oleh mereka hanya mampu menundukkan pesawat yang terbang 3,000 hingga ke 4,000 kaki dari aras laut semata2.

9. Ukraine menafikan mendalangi insiden pesawat #MH17 ditembak jatuh. Dan media-media rasmi Ukraine mengeluarkan bukti bertalu-talu yang tersebar di pelbagai jenis media terutamanya yang pro kepada barat bahawa RUSIA dan kumpulan pemisah ialah dalang kepada insiden berkenaan. Setakat ini bukti yang dikeluarkan oleh Ukraine seperti rakaman perbualan telefon yang dipintas, gambar kenderaan misil yang bergerak ke sesuatu lokasi dan juga bukti berita yang mengesahkan satu pesawat ditembak jatuh adalah bukti-bukti yang tidak dapat direkodkan sebagai sahih.

10. Ukraine. Britain. Australia. USA. Ialah mereka2 yang bersekutu.

11. Agensi2 berita seperti CNN, Telegraf, Dailymail, Foxnews ialah media-media yang bersekutu dengan barat.

12. Kebanyakkan agensi2 ini lebih condong melaporkan kenyataan2 dari pihak Ukraine dan barat berbanding melaporkan kenyataan dari Rusia.

13. Gambar2 pesawat dari Ukraine yang jatuh terhempas ditundukkan oleh kumpulan pemisah ialah merujuk kepada serangan melalui jet pejuang. Bukan menggunakan peluru berpandu.

14. Malaysia tidak membuat kenyataan rasmi dengan MENGESAHKAN bahawa #MH17 telah DITEMBAK jatuh bagi menjaga PENDIRIAN RASMI mereka untuk TIDAK CONDONG kepada mana-mana kenyataan samada dari UKRAINE, wilayah yang bergolak mahupun RUSIA untuk melindungi negara daripada terjerumus kepada satu situasi yang lebih sukar.

15. Ukraine mengatakan pesawat telah ditembak jatuh. Dan ia ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah. Malaysia memerlukan masa bagi menyiasat bukti-bukti berkaitan untuk mengesahkan kenyataan Ukraine.

16. Maka perkataan DIPERCAYAI digunakan oleh MEDIA MALAYSIA bagi memastikan bahawa MALAYSIA tidak CONDONG kepada mana-mana tuduhan terhadap pergolakkan di timur Ukraine.

17. Setakat ini MALAYSIA hanya mendengar hujah2 dari pelbagai pihak tanpa diberikan peluang untuk memastikan kenyataan dari pihak2 tersebut adalah benar.

18. Ramai rakyat Malaysia tak faham bahawa PERANAN MEDIA ialah melapor. Kenyataan presiden Ukraine bukannya Alquran yang sehinggakan PM Malaysia perlu patuh dan bersetuju tanpa diberikan ruang untuk menyiasat kejadian.

19. Rusia dan Ukraine saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Rusia menyalahkan Ukraine adalah punca kejadian kerana mahu memerangi semula wilayah bergolak sehingga senjata terpaksa dinaikkan semula.

20. Ukraine mengeluarkan kenyataan mereka ada bukti bahawa misil sengaja dilepaskan dan disasarkan kepada pesawat MH17.

21. Ketika ini Ukraine dan pihak media pro BARAT mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menekan dan mengaitkan Rusia dalam insiden keganasan terbaru.

22. Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa kotak hitam telah ditemui dan akan diserahkan kepada MOSCOW. Ukraine mengecam tindakan ini sebagai campurtangan pihak Rusia dan USA bimbang jika ada cubaan untuk meminda bukti tempat kejadian untuk melindungi tindakan kumpulan pemisah dan Rusia.

23. Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Rusia dan kumpulan pemisah bahawa mereka telah menemui kotak hitam. Akan tetapi kumpulan pemisah telah membuat kenyataan jika kotak hitam ditemui ianya akan diserahkan kepada MOSCOW untuk siasatan rasmi.

24. ICAO dan Australia mendesak agar siasatan diketuai oleh pakar penyiasat antarabangsa yang adil dan telus dan kotak hitam diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengetuai siasatan tersebut.

25. Angka 41 ialah jumlah mereka yang berada di dalam penerbangan tetapi tidak dapat ditemui setakat ini.

26. Zon laluan penerbangan yang diikuti oleh MAS ialah zon laluan selamat yang diisytiharkan oleh pihak penerbangan antarabangsa dan bukannya disahkan selamat oleh Malaysia. Malaysia hanya baca kenyataan yang disahkan oleh pihak2 yang berauthoriti yang menentukan apa laluan yang selamat diikuti.

27. Ruang udara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine hanya melarang syarikat penerbangan dari proksi barat seperti USA dan BRITAIN dari menggunakan ruang angkara mereka. Negara2 berkecuali seperti Malaysia tidak terbabit sama sekali dengan larangan tersebut.

28. MH17 dikesan kali terakhir terbang pada ketinggian 33,000 kaki seperti yang direkodkan oleh FLIGHTRADAR24. Ketinggian 33,000 kaki adalah ketinggian yang dibenarkan untuk terbang tanpa dianggap sedang menceroboh ruang angkara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah.

29. Tiada panggilan kecemasan yang dibuat oleh anak kapal sejurus perhubungan komunikasi mereka terputus dengan menara kawalan udara Ukraine dan KLIA.

30. Dengan berlakunya insiden pesawat ditembak jatuh maka dunia sudah mengisytiharkan bahawa konflik yang berlaku di wilayah Ukraine adalah konflik antarabangsa dan negara2 kuasa besar akan diberikan hak untuk campurtangan bagi menentukan hala tuju konflik berkenaan.
Ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum mengulas macam tahu semua benda. Aku dah cakap awal2. Manipulasi media adalah sesuatu yang korang tak boleh abaikan. Kita boleh baca apa yang barat lapor. Kita boleh baca apa yang media Malaysia lapor. Kita boleh baca semua. Tapi untuk terima bulat2, kita kena fikir masak2. Ada sesetengah perkara memang betul dan tiada masalah untuk kita terima. Tapi ada sesetengah perkara ialah propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan satu2 pihak dengan menjadikan MALAYSIA sebagai mangsa keadaan.

TAHUKAH KALIAN SEMUA...
Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak berpihak ialah tindakan yang betul. Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membabi buta mengesahkan kenyataan presiden Ukraine ialah tindakan yang betul. Kita akui pesawat terhempas dan pesawat tersebut adalah milik MAS tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku. Apa puncanya kita tatau. Jadi bila Najib tak mengesahkan apa2 ia adalah tindakan yang betul. Untuk mengesahkan samada kenyataan Ukraine sahih ataupun tidak sahih, kenyataan Rusia sahih ataupun tidak sahih, kita perlu lalui satu proses siasatan.
CC TO: www.PustakaTerahsia.com

Copy & paste.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...