Bagai Dedaun Kering Yang Hancur..


Bagai dedaun kering yang hancur....

Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.

Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.

Hamas menamakan siri peperangan ini sebagai :

Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)

Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)

Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).

Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir dan mengajar keangkuhan tejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang mereka sebenarnya gerun untuk berhadapan dengannya.

Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.

Dr Zainur

1 comment:

Anonymous said...

Sepatut orang orang Palestin diberi bantuan senjata disamping bekalan makanan..baru adil senjata lawan senjata bukannya lastik lawan senjata...baru bolih kita lihat perubahannya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...