Video warga Belanda memuatnaik kemarahan dan ketidakpuasan hatinya di Youtube #justice4mh17

Ramai hilang nyawa kerana konflik yang tidak diketahui, tempelak warga Belanda Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 


Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim. 


“Saya marah kerana Tim terbunuh. Saya juga marah kerana 297 orang lain hilang nyawa mereka hanya kerana satu perjuangan yang mereka tidak ketahui.” 


“Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20. 


“Saya juga amat marah kerana terdapat kanak-kanak dalam pesawat tersebut. Mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka juga tidak tahu konflik yang sedang berlaku. Tiga bayi merupakan antara penumpang pesawat Boeing 777 itu, yang dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine yang disokong Rusia. 


“Saya berang terhadap tentera yang menggelar diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Mereka sebenarnya pengecut kerana menggunakan roket dan senjata untuk membunuh orang awam dari jarak jauh.” 


“Saya juga amat marah ke atas peperangan di seluruh dunia – di Asia, Timur Tengah, Africa dan Eropah. Apakah objektifnya? Berjuang untuk pemimpin yang gila, untuk apa? Saya marah kerana dunia yang serba cantik ini dimusnahkan atas sebab untuk memperoleh minyak,gas, arang dan wang ringgit.


Kesedihan yang melanda warga Belanda kini bertukar menjadi kemarahan berikutan laporan bahawa beg dan barangan kepunyaan mangsa MH17 diselongkar dan dicuri.


Pihak pemberontak juga dilaporkan menghalang pasukan penyiasat untuk melakukan operasi siasatan dan mencari mayat di lokasi pesawat terhempas. 

Seramai 193 rakyat Belanda terkorban dalam tragedi ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...