Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.
Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.
Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.
Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.
Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.
Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.
Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.
Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.
Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.
2 comments:
Minta minta tuanku tak setuju...undang tubuh selangor menghendaki anak selangor jadi MB..
Sila semak balik PR
Memalukan kalau Kak Wan jadi MB selangor , Dah takde ke ANAK LELAKI JATI SELANGOR yang mampu untuk pimpin selangor, AMPUN TUANKU minta tuanku jangan perkenankan perkara ini dari terjadi,SELANGOR UNTUK ANAK SELANGOR
Post a Comment