Benarkah 'Pegawai Khas' Tok Mat Maslan Kaki Penipu? Jom baca penjelasan sebenar..




KENYATAAN MEDIA

ABDUL HALIM TUAH BIN HAJI RAHMAT

PEGAWAI PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Kenyataan media ini dibuat untuk menjelaskan perihal saya yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Kapt (B) Rossli bin Dato' Harun, seperti yang dikeluarkan dalam beberapa blog hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan perihatin yang telah membawa perkara ini terus ke pengetahuan saya.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Kapt (B) Rossli tidak pernah bekerja dengan saya, dan dia juga tidak pernah memegang apa-apa jawatan di dalam pejabat YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan.

Tentang perihal cerita dalam blog-blog berkenaan, ianya adalah tiada sebarang kaitan dengan saya atau YB Datuk atau mana-mana pegawai YB Datuk.

Merasakan terinaya dengan insiden ini, saya akan membuat Laporan Polis sekembalinya saya dari bercuti pada hari Jumaat ini.

Sekian, terima kasih.

26 Ogos 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...