Korban lembu bunting. Apa yang perlu kita tau?

IPOH 27 Julai – Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
“Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar.

“Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan.

Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.-Utusan

11 comments:

Anonymous said...

Apa lah nak bantah-bantah? Macam dah tidak ada cukup ternakan untuk disembelih. Korang sanggup ke melihat lembu atau kambing bunting disembelih? Kalau perlu dibunuh atas sebab-sebab kemudaratan kepada binatang dan manusia ok lah jugak.

Anonymous said...

Sokong komen di atas. Hidayah Allah itu subjektif, sy ingin brkongsi bagaimana sy mdapat hidayah memeluk islam. Semasa sy brumur 12 tahun dan sedang dlm darjah 6.. ayah dan rakan gemar mmburu, satu hari ayah dan rakan pulang bawa sekor babi yg mati ditembak. Sy beranikan diri tengok mereka potong babi tu dan alangkah sedihnya bila sy lihat ada janin dalam perut babi, sy ingat sy menangis semalaman. Sejak hari itu sy brtekad tak akan makan binatang yg beranak (babi, kambing, lembu, sapi, payau dsb) dan hingga kini selepas 20 tahun brlalu sy masih brpantang makan red meat, cuma makan dg ayam. Bg sy tak perlu lah sembelih haiwan yg bunting bila kita dah tahu dia bunting walaupun halal atas dasar kasih pada haiwan... setelah brpuluh tahun tak makan babi..tgerak hati sy selidik knapa org islam tak bole makan babi...lembut sikit hati belajar agama islam, tapi minat hilang apabila kalimah Allah disekat hanya utk orang islam, sy brhenti belajar...tapi akhirnya bila ada ulama spt TGNA yg sokong pgunaan kalimah Allah utk semua hati sy terdorong belajar banyak lagi ttg islam. Akhirnya selamat mmeluk islam dan brnikah. Seronok belajar tutup aurat dan mgaji. Pgalaman sy tak bole lupa selepas peluk islam apabila orang islam sendiri myindir sy bahawa ramai orang mualaf yg masuk islam kerana mahu bernikah sahaja dan ada juga orang islam sendiri yg tidak bertudung mgejek cara sy menutup aurat yg tidak sempurna.

Anonymous said...

buat anon 9:52 am.
dalam jihad, memang terlalu banyak halangan, dugaan dan cubaan untuk menggagalkan anda. terbukanya hati anda kepada Islam adalah satu jihad. sindiran, ejekan oleh orang Islam lain tentang cara anda bertudung dan beribadah jangan terlalu diambil kira. anda kena faham bahawa walaupun seseorang manusia itu sudah Islam (Islam baka, sebab ibu bapanya Islam) tapi jiwa jahil tetap ada. teruskan belajar dan pinggirkan sahaja kritikan-kritikan yang tidak penting dan tidak perlu.

Anonymous said...

Anon October 6, 2014 at 9:52 AM cakap macam red bean army saja. suka nak pecah belah umat islam.

Anonymous said...

Anon October 6, 2014 at 9:52 AM cakap macam red bean army saja. suka nak pecah belah umat islam.

Anonymous said...

tak mengapa..... pedulikan mereka... semoga anda diberkati oleh Alkah s.w.t

gamaan said...

Ada juga komen drp lembu politik di sini.

gamaan said...

Ada juga komen drp lembu politik di sini.

Anonymous said...

Setahu saya..rasullullah ada sbt syarat korban.lembu bunting dikecualikan.mengapa bley plak kt sni.kalu salah tgurla

Adnan said...

Ingin saya perkatakan kepada puan sebagai saudara baru,puan tak perlu peduli dengan ejekkan org2 seperti itu..puan beruntung dari orang islam itu sendiri yang sejak lahir beragama islam..setelah lebih duapuluh tahun puan mendapat hidayah dan memeluk islam bererti dosa pahala hanya dikira setelah memeluk islam umpama bayi yg baru lahir bersih dari segala dosa.berbeza dengan orang islam itu sendiri yg telah mengetahui dosa pahala sejak akhil baliqh.berapa banyak dosa yang telah meraka lakukan bertahun2..tetapkan cita2 yang paling tinggi iaitu menuju ke syurga kekal abadi dengan menetapkan hati dengan al-quran dan hadis berserta taqwa..apa pun yang di didengar pertimbangkan dengan kembali kepada al-quran dan hadis2 sahih daripada nabi2 dan rasulullah.sy melihat di zaman ini banyak orang2 islam hanya sekadar islam ikut-ikutan..lahir dari keluarga islam tetapi tidak tahu apa itu islam yg sebenar-benarnya dan dimana terletaknya keindahan islam itu sendiri..yang dicari ialah quality islam bukan quantity

Unknown said...

jantan bnyk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...