PERJANJIAN TOL ZAMAN MAHATHIR, YANG DI BALUN NAJIB PULA



Kenaikan kadar tol baru-baru ini telah mengundang kemarahan kepada para pengguna, termasuklah individu-individu yang tidak langsung berasa ragu untuk membelanjakan RM 13.50 bagi sekotak rokok Dunhill sehari; beratur selama 30 jam untuk sebuah iPhone 6s versi Rose/Gold; dan membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk akal hanya untuk secawan Starbuck's Macchiato Frap.

Dan mereka kemudiannya meletakkan kesalahan ke atas Najib apabila kenaikan kadar tol berlaku.
Hampir kesemua perjanjian konsesi telah ditandatangani pada era Mahathir, dan untuk beberapa perjanjian lain seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid serta Denai Desaru Highway yang dibina oleh Ranhill Hamdan Mihamad pada tahun 2004. Kedua-duanya telah memperolehi surat perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani sebelum Mahathir meletakkan jawatan.

Lebuhraya Utara-Selatan PLUS dibina pada awalnya oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia setelah dirancang pada tahun 1977, sewaktu zaman kepimpinan Tun Hussein Onn. Ia memulakan pembinaannya setahun sebelum Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, iaitu pada tahun 1980.
Sepanjang tahun 1980 hingga 1985, LLM telah membina sepanjang 366 km atau 41% daripada cadangan 823 km lebuhraya dengan kos sebanyak RM 3.2 bilion yang ditanggung oleh kerajaan.

Pada tahun 1986, keseluruhan projek telah diberikan kepada Halim Saad dari UEM, pembida yang menawarkan harga tertinggi walaupun pihaknya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembinaan lebuh raya.

Akhirnya, lebuhraya tersebut diserahkan lewat 2 tahun dari tarikh sebenar dan kerajaan pada ketika itu telah pun membiayai separuh daripada bajet RM 3.5 bilion, bersamaan dengan RM 1.65 bilion. Malah, kita juga perlu membayar kadar tol selama 30 tahun, dan juga 10% daripada bil setiap tiga tahun jika kadar tol tidak mendapat kebenaran untuk dinaikan.

Ini mengingatkan kita kepada perjanjian IPP yang telah diberikan Mahathir kepada YTL, perjanjian tersebut telah pun berakhir dan tidak diperbaharui pada zaman pentadbiran Najib.
Pada tahun 2011, pentadbiran Najib mengambil alih PLUS dari tangan swasta, perjanjian konsesi disusun semula, dan kenaikan tol dapat dihalang. Kerajaan memiliki 51% daripada saham keseluruhan PLUS manakala 49% lagi dimiliki oleh KWSP.

Semua perjanjian konsesi kini tidak lagi tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Walau bagaimanapun, sehingga kini MEX masih enggan mendedahkan kepada umum butir-butir perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Ini mengingatkan saya kepada apa yang Saudara Lim Sian See tulis beberapa bulan yang lalu:

Ke hadapan Siti Nurhaliza (saya sentiasa berharap untuk menulis kepada beliau), PEMUDA UMNO, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, Tan Sri Muhyiddin, Khairy Jamaluddin dan penyokong-penyokong Tun Dr M,
Diharap saya dapat menarik perhatian anda semua, tuan-tuan dan puan-puan,
Beberapa hari lalu, anda semua telah menuntut kebenaran berkenaan pembelian tanah Tabung Haji dari 1MDB yang anda telah labelkan sebagai keji, meletakkan wang Tabung Haji dalam risiko, bertentangan dengan agama, dan lain-lain lagi.
Kini, Malaysia Insider (tidak selalu betul dan tidak juga 100% benar, saya mengakui perkara ini) telah membongkar beberapa tawaran yang pernah dibuat oleh Lembaga Tabung Haji dan ianya jelas kelihatan seperti satu jalan keluar buat Maju Group yang berdepan dengan masalah setelah menyebabkan kerugian wang para pendeposit.

Ini adalah dakwaan Malaysia Insider (memetik dari Wall Street Journal) mengenai kerajaan pimpinan Tun M yang menyelamatkan syarikat-syarikat swasta menggunakan wang Tabung Haji.
1) 1996, - LTH melabur RM67 juta dengan projek Maju Holdings - akhirnya, projek berkenaan berhadapan dengan masalah.
Jumlah kerugian kepada Tabung Haji: RM67 juta
2) 1998 - LTH dibayar RM436.38 juta kepada Maju Group bagi dua hartanah yang kemudiannya gagal disiapkan dan nilainya dianggarkan sebanyak RM267.92 juta.
Jumlah kerugian kepada Tabung Haji: RM168.46 juta
Dakwaan lain:
-Pengerusi Tabung Haji pada masa itu merupakan abang ipar kepada Tun M, iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali - kes nepotisme (memilih saudara atau sahabat berdasarkan hubungan berbanding kemampuan seseorang itu).
- Wang pendahuluan segera sebanyak RM220 juta untuk bangunan yang masih belum memulakan pembinaan walaupun garis panduan Perbendaharaan hanya membenarkan pembayaran maksimum sebanyak RM5 juta (15% daripada kerja-kerja pembinaan).

Perbezaan antara tawaran pada era Tun M dengan era Najib:
1) Tawaran MAJU HOLDINGS pada tahun 1990 Tabung Haji membayar RM504 juta kepada sebuah SYARIKAT SWASTA MILIK PERSENDIRIAN bagi aset secara profesional bernilai RM267.92 juta - menyebabkan KERUGIAN SEBENAR kepada TH sebanyak RM235.5 juta.
2) Tawaran 1MDB TRX pada tahun 2015 - Tabung Haji membayar RM188.5 juta kepada SYARIKAT MILIK KERAJAAN SEPENUHNYA bagi aset secara profesional bernilai RM195 juta (dan jaminan aset lain bernilai RM370 juta). Ia akan dijual pada harga PROFIT kepada TH untuk beberapa juta.
Zaman Tun M:
Ianya adalah KERUGIAN kepada TH dan pembayaran oleh TH kepada wang swasta syarikat dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan bagi aset bernilai kurang daripada separuh dari apa yang telah dibayar.
Zaman Najib:
Ianya adalah PROFIT kepada TH dan pembayaran oleh TH kepada sebuah syarikat SYARIKAT MILIK KERAJAAN SEPENUHNYA dan wang akan segera dipulihkan dalam masa seminggu bagi aset bernilai lebih daripada yang dibayar.

Saya hanya meminta anda semua untuk berlaku adil dan menggunakan semangat yang sama untuk mendapatkan kebenaran mengenai tawaran-tawaran yang dibuat pada era kepimpinan Tun M.
Dan jika Tun M didapati bersalah seperti yang dituduh (atau mereka enggan untuk mengaku), sila hukum beliau seperti mana yang anda telah lakukan kepada orang lain.
Diterjemah oleh : JASA

8 comments:

Anonymous said...

Patutlah mrk kuat menyalak najib!!!!
Rupa2 nya banyak perjanjian bodo dan bangang era 22tahun yg menguntungkan kroni tidak digunapakai era najib.Tak heran mrk mggunakan modal tak ada bukti iaitu 1mdb utk mentohmah najib agar najib tumbang dgn harapan pm boneka nanti mudah bagi mrk mengaut dan merompak wang rakyat.Cilaka korang!!!!

Anonymous said...

Politik yg berpaksikan kroni ni mungkin ada gejala rasuah kronik agaknya. Kalau x macam mana ada perjanjian berat sebelah yg membebankan rakyat sejak berpuluh2 tahun yg lalu, malah nak sambung lagi pulak tu. Agaknya kroni sahaja mahu hidup senang lenang kaya raya, orang lain apa hal? Hentikan amalan kroni ini, kerana terbukti mereka menindas rakyat.

Anonymous said...

Tak heran tuduhàn mahdey membazirkan lbh rm100 b bersamaan lbh rm200b nilai skrg wang rakyat krn menyelamatkan syarikat kroni dan anak.
TOLONG HENTIKAN AMALAN BANGSAT TERSEBUT!!!!!

Anonymous said...

Apa saja masalah salahkan Mahathir! Selesai masalah.

Apa punya PM tak tahu bertanggungjawab.

Anonymous said...

Memang benar!!!!!
Masalah 1mdb dan rm2.6b boleh dibincang dlm bilik tertutup bukan dijaja dan dibentang keseluruh dunia hingga parti berpecah!!!!
Tak suka najib ada cara menumbangkan dia dgn berhemah iaitu pemilihan parti.
Skrg..mahdey dah buat taik...dia nak najib tumbang dan diganti dgn pm boneka yg dpt meneruskan legasi kroni dan anak.Nyata skrg segala kutukannya tidak berasas dan bermotifkan kuasa dan wang.
Nak ker kita bertuankan pm yg buat sebarang urusan wang dan perjanjian yg hanya menguntungkan kroni dan anak!!!????Tengoklah perjanjian IPP dan konsesi lebuhraya!!!!Sapa yg bijak dan bodo sehingga rakyat terpaksa tanggung akibat kenaikan tersebut!!!!Setiap tahun hampir rm2bil subsidi kpd mrk yg hanya dinikmati pgguna2 di bandar.Mgkin waktu perjanjian dulu mrk kata...tak apa, kerajaan tggung subsidi dan korang naiklah tol 5 tahun sekali.Bayangkan klu menjangkau 50 tahun, 100 tahun....berapa anak, cucu cicit kita kena bayar!!!??????Tak ker bangang perjanjian tersebut!!!!!!??????
Mrk kaya bolehlah lalu lalang tol tersebut berkali2....bagaimana dgn rakyat!!!?????
TOLONG SEMAK BALIK PERJANJIAN BANGANG YG HANYA MENGUNTUNGKAN KRONI DAN ANAK NIE!!!!!!!!

Anonymous said...

Pemilihan parti kepala bana....Pemilihan pun asyik tangguh lepas tu jawatan presiden tak dipertandingkan puihhh

Anonymous said...

Sapa yg cadang tangguh????
Tsmy yg cadang tangguh!!!!
Pemilihan parti era mahdey tak sama dgn era najib.Era mahdey kerusi presiden gerenti selamat.Era najib tiada kouta....ko pun boleh jadi president umno!!!!

Anonymous said...

Kecuali klu ko bukan ahli umno!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...