Showing posts with label amk. Show all posts
Showing posts with label amk. Show all posts

Sam Gem Pen AMK Bakal Disaman Perkasa!

Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta."

Demikian respons Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berhubung kenyataan Shamsul semalam yang mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

"Kepada Shamsul, 'terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya'. Perkasa sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul. Kami akan kaji kenyataan yang Shamsul buat itu. Tuduhan itu sangat serius," katanya.

Syed Hassan seterusnya berkata, "mudahnya Shamsul Iskandar buat pengandaian begitu."

Dalam satu kenyataan semalam, Shamsul Iskandar mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Shamsul Iskandar.

Sehubungan itu, kata beliau, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.

Katanya, cabaran Shamsul Iskandar supaya Perkasa menafikan sebagai dalang kejadian tersebut, "kami juga gelak besar dibuatnya."

Dengan sinis beliau menjawab cabarlah yang "susah sikit, yang masuk akal."

Katanya, "pada kami, dalam kebodohan Shamsul (Iskandar) mencabar Perkasa menafikan insiden tersebut, ada juga bijak si Shamsul ni."

Jelas Syed Hassan, bijaknya ialah beliau dengan cepat menuduh pihak lain sebelum orang lain tuduh pihaknya.

"Kami kalau nak, boleh juga menuduh mereka sendiri yang letupkan sebab terfikir juga jika Anwar bersalah, nak tunjukkan rakyat terlalu marah biarpun rakan sendiri yang kena," kata beliau lagi.

"Macam Amerika sanggup bunuh rakyatnya sendiri dengan letupkan menara berkembar di New York semata-mata nak tuduh al-Qaeda.

"Tapi, Perkasa bukan jenis macam itu nak mudah tuduh. Tambah lagi Perkasa anjurkan solat hajat pada 8 Januari minta negara pada keesokan harinya 9 Januari terus aman tanpa ada huru-hara," kata beliau sambil menambah, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan negara aman.

"Shamsul janganlah senang-senang nak 'spin' kenyataan (Presiden Perkasa) Datuk Ibrahim (Ali). Presiden kami hanya kata Perkasa sedia membantu pihak polis jika terjadi ketegangan pada 9 Januari. Cukuplah putar belit kenyataan orang, kepada Shamsul dari mencabar Perkasa supaya Perkasa menafikan, baik cabar Anwar Ibrahim serahkan DNAnya secara sukarela atau cabar Anwar lakukan sumpah laknat di masjid seperti mana Saiful lakukan. Aman negara kalau Anwar berani lakukan sumpah laknat," katanya.-SH

Shamsul AMK Kali Ni Tak Kencing Dalam Seluar Lagi!

Dibawah A.S ambil petikan dari blog Ketua AMK, si Shamsul Iskandar.
Tampak begitu terdesak sekali mamat ni nak mengumpulkan orang untuk support Anwar.
Selama ni, di hari-hari perbicaraan tuduhan Nuar meliwat, takde sapa pun yang pi sokong dia. Kalau ada pun 2-3 kerat saja.

Nasihat A.S, kalau dijatuhkan hukum, pasrah dan terimalah takdir. Ini bukan fitnah.
Najib dah sumpah 3 kali, Nuar kecut telur 1001 alasan diberi untuk tidak mengangkat sumpah muhabalah. Bukannya berdosa pun.

Tak perlu nak jadi beruk buat kecoh ramai-rami di mahkamah, siap nak orang suruh amik cuti.
Baik orang pi keja lagi bagus, buang masa je layan Anwar tu.
Hormatilah institusi kehakiman negara.
Dan pesanan akhir, kalau rasa kuat sangat, jika Nuar masuk ke dalam, pi lah robohkan dinding jail tu.

Pengumuman:

Mari hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Disember 2011 (Khamis) dan 13 Disember 2011 (Jumaat) ini (Tarikh baru yang ditunda).

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

Piirahhhhh!!

Samsul GemPen Jilat Anwar Sampai Ke Pangkal?


Ramai juak dan bloger pakatan haram mengecam Ketua AMK penjilat nombor 1 anwar ni yang bercadang untuk mengadakan himpunan bersih 3.0 semata-mata demi menyokong Anwar Ibrahim jika dia dipenjarakan.

Mamat ni demi untuk jilat dan bodek Anwar sanggup mengenepikan tujuan utama 8 tuntutan bodoh dari pakatan haram kononnya untuk pilihanraya bersih.

Kesian puak pakatan haram, perancangan demo bersih bodoh 3.0 ni telah di'hijacked' oleh ketua AMK demi untuk kepentingan peribadi. Puak hamPAS terlopong lagi!

Che'Gu Bard Musibard Harus Bertaubard!!

SKMM Digesa Bertindak Tegas Terhadap Blogger Sebar Fitnah

PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Seorang bekas pembantu kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap penulis-penulis blog yang menyebarkan fitnah melalui internet.

Anuar Shaari, yang kini seorang aktivis masyarakat berkata beliau juga kecewa dengan SKMM yang disifatkannya lembap dan tidak proaktif dalam penguatkuasaan terhadap isu-isu sedemikian, seperti dalam artikel fitnah pembelian cincin belian RM24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, kelewatan SKMM bertindak telah menyebabkan kerosakan imej kepada mereka yang terlibat kerana ramai telah terpedaya dengan artikel tulisan blogger Badrul Hisham Shaharin (Che'gu Bard) itu, walaupun ia tidak benar.

"Saya berpendapat SKMM tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Jadi masyarakat kita tidak takut untuk sebarkan fitnah di laman web kerana mereka tahu tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas mengenai isu cincin belian tersebut, Anuar berkata ia sengaja dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anuar yang telah keluar dari parti PKR pada tahun 2007 berkata beliau telah mengetahui kepalsuan maklumat artikel itu ketika baru disiarkan Che'gu Bard pada 16 Julai dan beliau telah mencabar Che'gu Bard untuk membuktikan bahawa dakwaannya benar.

AS: Bila Cikgu Bard nak pohon maaf dan tarik balik tuduhan itu? Atau jika masih hendak menuduh, silalah kemukakan bukti kukuh untuk menguatkan dakwaan pemilikan cincin tersebut oleh DS Rosmah!

Sudah ternyata cincin itu miik warga kazakhstan! Apa yang nak difitnahkan lagi?

Chegu Bard bertanggungjawab memikul setiap dosa fitnah yang disampaikan oleh warga Malaysia!
Setan Betul!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...