Berbagai perasaan ada difikiran AS semasa menonton tragedi yang melanda pak cik ni. Perasaan simpati,kesian, sedih, sebak sehinggakan sedikit lucu pun ada. Demi Anwar Ibrahim, dia sanggup melepaskan kemarahan terpekik terlolong didalam kawasan mahkamah dengan keterlaluan sehingga tak mampu mengawal emosi menyebabkan beliau pitam. Kemungkinan perasaan marah ini terlalu memuncak hinggakan darah naik kepala sehingga dia tumbang. Inilah yang dikatakan penyokong tegar Anwar Ibrahim. Lupa diri tu dah uzur tapi perasan macam orang muda nak tunjuk samseng dalam mahkamah. Kan dah menyusahkan orang pulak nak panggil ambulan nak uruskan hal dia pulak. Takde pasal nak cari pasal.
Pakcik, bawak-bawak la bersabar sikit. Biar mahkamah yang tentukan kes ini. Pakcik tau ke kebenaran yang sebenar? Pakcik yakin yang Anwar bukan seorang peliwat tegar?
AS amat simpati dengan nasib pakcik ni. Mujurlah nyawa pakcik sampai tak melayang demi Anwar Ibrahim ini. Kalau tidak, mati sia-sia saja. Kalau mati AS takut nanti ada puak yang cakap pakcik mati syahid pulak.
Apapun, AS seberang doakan pakcik ni agar pulih seperti sediakala dan diberikan hidayat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment