LGE, Lu sudah-sudahla mempermainkan nama Tokoh Islam


BUTTERWORTH: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang memberi amaran kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya menghentikan penggunaan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar serta kenyataannya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz.

Amaran itu diberikan Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin, yang juga Ketua Penerangan Pas cawangan Bagan Ajam.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu juga berkata, amaran diberikan berikutan tindak tanduk Guan Eng yang mempermain-mainkan orang Islam di negeri ini dalam pelbagai isu, termasuk perarakan Maulidur Rasul.... Lihat seterusnya..

Katanya, sikap Guan Eng dalam menangani pelbagai isu di negeri ini jelas berbeza dengan apa yang dilaung-laungkannya.

"Tokoh Islam seperti Saidina Umar Abdul Aziz tidak pernah memutarbelit fakta seperti Guan Eng dalam isu perarakan Maulidur Rasul. Dalam surat pekeliling cakap tiada, tetapi tiba-tiba cakap pula dengan memberi pelbagai alasan.

"Beliau hanya mempermainkan syiar Islam dan tokoh Islam. Bagi saya, beliau tidak sama sikapnya dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Kalau benar-benar hendak gunakan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar, maksiat tidak akan semakin berleluasa seperti kita lihat pada sambutan Valentine’s Day serta Tahun Baru Cina, baru-baru ini," katanya di sini, semalam.

AS : Ni cakap dari Ustaz Hafiz sendiri. AS secara peribadi mengenali Ustaz Hafiz memang seorang yang cakap berterus terang, contoh pejuang Islam tulen. Bukan macam pejuang pas yang semata-mata berpolitk untuk mengambil hati dan takutkan rakan pakatan haprak. Nanti PAS sound lebih-lebih, Saleh Man kena pecat TIMBALAN YDP MAIPP plak. Dah le tu je post yang dapat untuk ADUN pas seorang ni di Penang.

1 comment:

amin said...

Mcm2 LGE dah tipu orang Pulau Pinang..... PRU 13 nanti tukar lah..... masa jd Pembangkang... ckp mcm bagus.... sekarang konar sana kona sini....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...