Terkini, Gambar dan Video Kemalangan Maut di Alor Gajah berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat yang mengorbankan 12 nyawa



















Kita berhenti seketika dari topik politik.
Mari kita sama-sama sedekahkan alfatihah dan ucapkan takziah kepada mangsa kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat sebentar tadi.
Sudah lama negara kita tidak digemparkan dengan kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa, namun dengan ketentuan Ilahi, perkara malang ini berlaku jua. Difahamkan setakat jam 12 malam tadi sudah 12 nyawa yang terkorban.

video saksi di tempat kejadian














Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.
Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.
Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.
"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

2 comments:

Esperalzi said...

Semoga Allah cucuri rahmat dan hidayat ke roh-roh mereka yg terkorban dan ditempatkan mereka di tempat yg terbaik dan selesa di samping orang2 yg soleh...

Kepada ibubapa yg kehilangan anak2 tersayang, kepada anak2 yg kehilangan ibubapa, ibu atau bapa tersayang, kepada adik, abang dan kakak yg kehilangan saudara2 tersayang, kepada suami atau isteri yg kehilangan pasangan hidup tersayang, kepada handai tolan yg kehilangan sahabat tersayang, dan kepada semua yg kehilangan sesiapa saja tersayang...saya ucapkan setinggi2 takziah dan saya harap semoga anda semua tabah menghadapi dugaan ini.

Kita semua dari Allah, ketika sampai masa Dia akan ambil kita. Al-Fatihah..

hjzawawihjmahfodz said...

sememangnya segala yang berlaku adalah ketentuan ALLAH... ikhtibar yang perlu diambil perhatian adalah jarang sekali bas dipandu dengan kelajuan yang selamat. kalau kita pandu 110 km/jam, banyak bas yang memotong kita?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...