Terkini!! Peminpin-Pemimpin PKR dan SAPP di Batu Sapi Keluar Parti Beramai-Ramai


Hehehe.. lagi pening la si Nwar tu... Anwat ingat semua orang buleh dicucuk hidung oleh dia kot.. Tahniah AS ucapkan kepada pemimpin dan ahli PKR Batu Sapi kerna dah sedar sapa itu Anwat. Ramai orang dah sedar dan betui-betui kenal Anwat. Tinggal la pecacai2 DAP yang buta mata hati lagi...

50 orang dari SAPP di Batu Sapi pun pakat keluar sebab dah muak dengan Teck Lee yang bajet bagus, walhal dia kepala penyamun masa jadi CM tempohari.

p/s: AS kata Kalau BN tak menang lagi di Batu Sapi Tak Tau Nak Kata Apa Dah!



Timbalan Ketua dan Naib Ketua PKR bahagian Batu Sapi keluar parti

SANDAKAN - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).


Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - BERNAMA

1 comment:

aminarlisy said...

kesian mereka ...

sudah2 la tu sokong parti perosak negara diterjui dap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...